PERTAHANKAN ANWAR DAN DAP LEBIH UTAMA DARI PERTAHANKAN ISLAM….???

Perjuangan Pas sebenarnya ternyata sudah songsang apabila meletakkan kiblat parti itu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

“Tak sokong untuk selamatkan akidah umat Islam tidak mengapa tapi jangan sesekali menyerang waima menyentuh sekalipun Anwar dan DAP… buruk padahnya.

“Inilah hukuman yang diterima Dr Hassan Ali kerana menyentuh Anwar dan sebelum ini menegur pemimpin DAP.

“Perpaduan umat Islam tak penting, selamat akidah umat tak penting, mencegah kemungkaran tak penting malah nak sokong Presiden parti atau Mursyidul Am sekalipun untuk diangkat menjadi Perdana Menteri tak penting kerana bagi Pas segala-gala perjuangannya adalah demi Anwar dan DAP”, demikian menurut Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Tegasnya pemecatan Dr Hassan Ali sebagai ahli Pas membuktikan bahawa Pas sememangnya kini cukup berbangga menjadi kuda tunggangan PKR dan DAP.

Beliau seterusnya melahirkan rasa sedih dan terkilan apabila Dr. Hasan Ali yang memperjuangkan Islam dipecat daripada sebuah parti yang kononnya menegakkan agama Islam malah Presiden Pas yang seharusnya bersikap adil dan tahu membezakan baik buruk kerana berpengetahuan luas dalam bidang agama, sanggup memberikan sokongan penuh kepada Anwar Ibrahim yang telah diketahui umum seorang yang putar belit dan rosak akidah.

“Adakah kerana politik, Pas sanggup melacurkan perjuangan sendiri sehingga sanggup mengenepikan Dr. Hasan yang bersuara demi menegakkan kebenaran. Adakah ini parti yang diwar-warkan ingin membela nasib rakyat dan memperjuangkan agama Islam.

“Kita yakin rakyat termasuk di kalangan ahli Pas sendiri semakin mempertikaikan perjuangan Pas sebenar kerana satu demi satu kepincangan parti itu sejak bergabung dengan pakatan pembangkang terbongkar. Kita percaya Pas sekarang sedang menggali kuburnya sendiri”, ujarnya. – MediaUMNO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s