SURVIVAL PAS BILA PECAT HASSAN ALI………….

HULU SELANGOR, 11 Jan – Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Selangor melihat tindakan memecat bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali  sebagai usaha menjaga kepentingan Pas bagi survival politik mereka dalam meraih undi kaum bukan Melayu selain terus menumpang kuasa dari DAP dan PKR khususnya di Selangor ini.

Ketuanya, Mahmud Karim berkata, Dr Hassan Ali juga adalah pemimpin Pas yang tegas dalam isu arak, judi dan gejala sosial lain termasuk isu murtad di Selangor, perlu dinyahkan dari Pas bagi memberikan kerjasama yang lebih erat kepada PKR dan DAP.

“Kita tahu sejak kes Dr Hassan Ali menegur Ronie Liu (DAP) berhubung isu penjualan arak dan juga judi di Selangor satu ketika dulu, hubungan di antara Pas dan DAP retak dan ianya bukan sahaja di Selangor malah keretakan itu merebak seluruh negara.

“Apa yang terjadi hari ini, dengan ketiadaan Dr Hassan Ali dalam kepimpinan Pas dan kerajaan negeri, tidak mustahil selepas ini, tiada lagi masalah penjualan arak dan judi secara terbuka, malah kita yakin dengan berlambaknya rumah-rumah urut di Selangor sejak pakatan pembangkang ini memerintah, ia akan bertambah lagi selepas ini,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Tambahnya, inilah pengorbanan terbesar yang dibuat oleh Pas dalam cita-cita mereka mendirikan kerajaan berkebajikan di Malaysia, sehingga cita-cita mendirikan sebuah kerajaan Islam dan pelaksanaan hukum hudud Pas hanya tinggal impian dan kenangan sahaja kini.

“Dr Hassan Ali wajar dikorbankan demi menyelamatkan ikatan rumahtangga di antara Pas, DAP dan PKR. Apatah lagi dengan kepimpinan Pas yang baru di anggotai 95 peratus mereka yang liberal dan golongan Anwarinas ini, Dr Hassan Ali memang dilihat sebagai penghalang kepada usahasama Pas, DAP dan PKR.

“Terbukti apa yang di perjuangkan Hassan Ali selama ini dengan membawa kekuatan Pas masuk ke Selangor menjadi sia sia apabila beliau sendiri menjadi korban dalam percaturan kuasa politik DAP dan PKR. Pemecatan keahlian Hassan Ali ini memberikan mesej jelas bahawa Pas bukanlah memperjuangkan rakyat apatah lagi memperjuangkan Islam sebaliknya agenda kuasa politik menjadi keutamaan mereka,” tambahnya lagi. -MediaUMNO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s