KENAPA KARPAL RISAU PENGHAKIMAN BERTULIS???

Ramai mungkin yang tak perasan, namun wujudnya suasana ‘sunyi’ di kalangan Pakatan Rakyat setelah kejayaan besar 9 Januari yang lalu. Kalau kita kenal dengan Anwar Ibrahim, kalau kita kenal dengan Azmin Ali, kalau kita kenal dengan Saifuddin Nasution – kita semua akan tahu bahawa mereka akan menjadi euphoria dan tak menentu.

Mereka akan melakukan banyak perkara dalam memastikan imej Anwar akan kembali bersih seperti bayi yang baru lahir.

Kalian kena tahu dan faham – bahawa semua ‘kesunyian’ ini berlaku kerana sebab yang besar. Walaupun pada hakikatnya, keluarga Anwar sendiri seronok dan sedang bergembira;mereka kembali senyap dan sunyi apabila dinasihatkan oleh Karpal tentang beberapa perkara.

.

Sebagai seorang peguam yang handal – Karpal sendiri sudah berpesan kepada keluarga supaya bersiap sedia dengan kemungkinan drama mahkamah akan bermula semula.

Karpal, pada malam kelmarin, secara terus terang mengatakan dia masih RISAU dan TAKUT dengan penghakiman bertulis yang bakal diberikan oleh Hakim nanti. Kepada Karpal, akan ada kejutan baru yang akan menyebabkan mereka kembali menjadi defensif.

Ingatan Karpal ini ditujukan kepada Izzah yang sentiasa sahaja mahukan Anwar menggunakan ‘Gear 5′ dalam ceramah – dan mengutuk Najib secara maksima.

Karpal mengingatkan Izzah tentang beberapa perkara:-

Saiful punya hak untuk membuat ‘appeal’ kepada kes yang ada. Karpal mengingatkan Izzah bahawa sebagai seorang Peguam; pasukan guaman Anwar MESTI memberikan ruang yang seluas mungkin untuk usaha ini dilakukan. Karpal mahukan semua ruang ini ‘exhaustive’; barulah Anwar layak keluar sebagai seorang bayi yang putih bersih;

Karpal sendiri mahu menguji keberkesanan hujahnya dalam mahkamah yang lebih tinggi – ini adalah soal ego Karpal sebagai peguam handalan;
Kita (team guaman Anwar) juga akan melakukan perkara sama jika keputusan tidak memihak kepada kita;

Yakin bahawa kita masih menang kerana tidak cukup bukti;

Minta Izzah lebih tumpukan kepada ‘mahkamah politik’ daripada mencampuri urusan guaman yang sedang berjalan.

Karpal siap sedia untuk ke mahkamah lagi. Kepada Karpal, apa perlu takut dengan mahkamah rayuan sekiranya kita tidak bersalah.

One thought on “KENAPA KARPAL RISAU PENGHAKIMAN BERTULIS???

  1. belang says:

    Mungkin percaturan akan nampak lebih menarik jika muhammad shafee dan karpal digandingkan sbg pendakwa dan peguambela. Sejauh ini karpal dilihat seperti mengelak bertemu shafee. Kes seperti TBH dimana karpal tiba2 menarik diri dari mendengar Suruhan Diraja apabila shafee menjadi peguam bg pihak SPRM.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s