CADANGAN PEMBANGKANG HANYA BAWA KEHANCURAN!!!!

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Pakatan pembangkang boleh dianggap sebagai satu pakatan yang hanya membawa kepada kehancuran negara kerana ia kini dilihat memberikan cadangan bersifat kontroversi, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kini pihak pembangkang membawa syor-syor yang lebih bersifat ke arah kemusnahan masyarakat, sosial dan ekonomi daripada membawa kebaikan.

Terbaru, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, terdapat keperluan untuk menyemak semula undang-undang lapuk Malaysia supaya tidak dilihat sebagai menyusahkan dan dianggap sebagai tidak relevan.

Menjawab soalan berkaitan hak-hak golongan gay dan sama ada beliau bersedia menerima “idea anti-diskriminasi yang melibatkan hak-hak golongan gay”, Anwar berkata dalam satu wawancara dengan BBC pada Khamis lalu bahawa “kami perlu menyemak semula sebahagian daripada undang-undang lapuk kami.”

“Kalau di negara ini majoritinya bukan Islam perkara itu mungkin boleh dilakukan tetapi jika di negara yang majoritinya penduduk Islam sudah pasti rakyat akan berusaha untuk memastikan niat itu tidak akan berlaku malahan akan ditentang habis-habisan,” kata Ahmad sebagai mengulas kenyataan Anwar.

Ahmad berkata, selain itu cadangan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan hari ini untuk mengampunkan pesalah kecil juga menjurus untuk membawa negara ke arah kehancuran akibat rasuah.

Ambiga dalam ucapan pada Konvensyen Pakatan Pembangkang di Alor Setar, Kedah semalam berkata, pakatan pembangkang merancang untuk memaafkan perasuah kecil tetapi menghukum perasuah besar untuk memudahkan mereka menawan Putrajaya kelak. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s