ONG TEE KEAT SERTAI DAP..???

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini menyangkal khabar angin beliau berhasrat menyertai sebuah parti yang menganggotai pakatan PKR-DAP-Pas.

Walaupun Tee Keat tidak menolak khabar angin bahawa beliau telah mengadakan perjumpaan dengan para pemimpin pembangkang, tetapi Ahli Parlimen Pandan ini menafikan perjumpaan itu bertujuan membincangkan penyertaan beliau dalam mana-mana parti pembangkang.

“Sebelum ini, mereka (khabar angin) kata saya akan menganggotai PKR. Selepas perkara ini terbukti tidak benar, mereka kata pula saya akan menganggotai DAP pada 20 Januari. Apa pula selepas ini? Pas?” katanya.

Bagaimanapun, bekas Menteri Pengangkutan ini enggan berterus terang tentang langkah politik beliau seterusnya dan berkata, beliau akan membuat pengumuman mengenai perkara itu pada waktu yang sesuai.

“Saya akan jelaskan perkara itu apabila sampai masanya. Untuk sementara waktu ini, saya memberi tumpuan terhadap tugas saya sebagai Ahli Parlimen, membantu orang di kawasan berkenaan,” katanya.

Oktober lalu, portal berita dalam talian mendakwa Tee Keat mengadakan perjumpaan secara berasingan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ketua DAP Selangor, Teresa Kok serta kemungkinan beliau berbincang dengan mereka mengenai penyertaan beliau dalam pakatan pembangkang.

Bagaimanapun, Tee Keat menafikan laporan itu. – BERNAMA

Datuk Seri Ong Tee Keat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s