PAS KELANTAN PERLU BERTANGGUNGJAWAB KEADAAN PANTAI IRAMA

BACHOK 15 Jan. – Tanggungjawab membaikpulih Pantai Irama di sini yang rosak teruk akibat ombak besar awal bulan ini tidak seharusnya dibebankan kepada kerajaan pusat semata-mata, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Beliau sebaliknya berkata, kerajaan Pas Kelantan juga harus bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja pemulihan dan tidak seharusnya mengambil sikap lepas tangan.

“Pantai Irama hanya satu-satu pantai yang masih ada dan berpotensi menarik pelancong dalam dan luar negara selepas Pantai Cahaya Bulan (PCB) dekat Kota Bharu yang musnah berpuluh-puluh tahun lepas akibat hakisan ombak”, katanya.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini yang meminta agar kerajaan pusat memulihkan keadaan di pantai tersebut.

Bercakap kepada pemberita ketika melawat pantai berkenaan hari ini Awang Adek berkata, kerajaan negeri sepatutnya berkongsi dengan kerajaan pusat untuk membina semula benteng yang musnah dalam kejadian itu.

Katanya, dalam usaha membaikpulih, peruntukan sehingga RM30 juta diperlukan. – BERNAMA

Pantai Irama, Bachok, Kelantan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s