PAS MAKIN TENAT….!!!

Seramai 102 ahli Pas Kampung Kerdas Gombak bertindak keluar parti dan menyertai UMNO selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan Pas.

Kumpulan itu yang diwakili Mohd Jais Ismail menyerahkan borang untuk menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Gombak, Abdul Rahim Kamarudin dalam satu majlis di sini semalam.

Jais berkata, selain tidak berpuas hati dengan kepimpinan Pas, keputusan mereka untuk meninggalkan parti itu juga kerana kecewa dengan tindakan parti yang memecat Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali daripada parti tersebut.

“Kami tak percaya dengan Pas dan kami yakin hanya UMNO dan Barisan Nasional yang mampu membela nasib rakyat,” katanya pada majlis pengisytiharan anggota Pas Kerdas menyertai UMNO dan ikrar menyokong Barisan Nasional.

Jais, yang juga Ketua Zon Pas Taman Kamariah Gombak, berkata, keputusan untuk meninggalkan parti dibuat atas kerelaan sendiri dan bukan disebabkan oleh tekanan atau tawaran daripada mana-mana pihak.

Menurutnya, walaupun dipujuk oleh Pas supaya terus kekal bersama parti itu, namun mereka nekad dengan keputusan masing-masing iaitu menyertai UMNO malah dijangka lebih ramai lagi akan menyusul. – BERNAMA

 KALO GHOPE NI HAGHI2…. TUMPO PAS!!!!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s