JIKA PADI KATALAH PADI..TIDAK LAH AKU TERTAMPI-TAMPI……

PPP NAFI ADA KAITAN DENGAN PEMBANGKANG…

KUALA LUMPUR 22 Jan. — Laporan akhbar mengenai Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Seri M. Kayveas telah mengadakan perbincangan sulit dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk parti itu menyertai pakatan pembangkang, adalah tidak tepat dan tidak benar.

Ketua Penerangan PPP, Datuk A.Chandrakumanan berkata, laporan tersebut adalah satu fitnah dan pembohongan yang sengaja dibuat untuk mengelirukan rakyat.

“Ini adalah taktik kotor untuk mengacau kita sebab mereka tengok parti kita lancar walaupun tiada sebarang jawatan dalam kabinet,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Ponggal anjuran PPP Wilayah Persekutuan di sini hari.

Akhbar Makkal Osai hari ini melaporkan bahawa Kayveas telah mengadakan perbincangan sulit dengan Anwar untuk parti itu menyertai pakatan pembangkang.

Chandrakumanan yang juga Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan menjelaskan pertemuan yang dimaksudkan oleh akhbar berkenaan berlaku secara kebetulan (kedua-duanya terserempak) semasa transit di sebuah lapangan terbang enam tahun lepas.

Beliau berkata, Makkal Osai mengaku telah melakukan kesilapan dalam menyiarkan laporan itu dan akan mengeluarkan satu kenyataan memohon maaf.

Katanya, PPP bercadang untuk membuat satu laporan polis berhubung isu tersebut selain akan menulis surat kepada Kementerian Dalam Negeri. — BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s