ADA PIHAK CUBA SABOTAJ JAMUAN RAKYAT SEMPENA TAHUN BARU CINA DI KEDIAMAN MB

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata ada pihak cuba menggagalkan majlis jamuan rakyat sempena sambutan Tahun Baru Cina di pekarangan kediaman rasminya di sini, hari ini.

“Saya anggap perbuatan itu dilakukan ‘kumpulan nakal’ yang ingin menggagalkan sambutan ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Sebelum ini ada pihak menyebarkan SMS kepada penduduk di negeri itu bahawa majlis itu dibatalkan.

Bagaimanapun, majlis berjalan lancar dengan lebih 5,000 orang mewakili segenap lapisan masyarakat menghadiri majlis itu yang diserikan dengan keberangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun ke majlis itu yang bermula 11 pagi sehingga 3 petang.

Berangkat sama, Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Puan Besar,Tuanku Zara Salim, Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Musa dan Raja Puan Muda, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.

Tetamu dan rakyat yang hadir disajikan dengan persembahan kesenian dan kebudayaan tempatan yang menarik serta persembahan daripada artis tempatan. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s