PAS BONGKAK….TIDAK BOLEH DITEGUR..???!!!

Ustaz Kazim Elias Pernah Jadi Mangsa Tindakan Mughallazah PAS

PAS memang tidak mahu mengakui bahawa parti itu tidak pernah mengamalkan budaya tegur-menegur, lebih-lebih lagi kalau teguran tersebut akan menyebabkan imej kedua-dua tok guru dalam parti itu akan merudum, sekaligus memperlihatkan kepimpinan utama PAS sebenarnya terdiri daripada mereka yang sangat kagum dengan diri sendiri. Keujuban, ketakjuban dan kekaguman terhadap diri sendiri, semakin bertambah-tambah dengan pujian serta sokongan membuta tuli daripada para penyokong yang jahil tetapi sentiasa ditanamkan dan disuburkan dengan ungkapan WALA’ dan TSIQAH.

‘Bintang’ pendakwah PAS sekarang adalah Azhar Idrus, bekas tenaga pengajar muzik pada tahun 1985 yang berasal dari Terengganu. Populariti Azhar Idrus diraih menerusi pendakwahan yang dilakukan dengan menggunakan media baru seperti Youtube, Yahoo Messenger, blog dan sebagainya. PAS yang memerlukan seorang bintang, akhirnya berjaya ‘memperolehi’ Azhar Idrus dan bermula daripada penampilan pertama Azhar Idrus dalam majlis Pakatan Rakyat, ceramah agama Azhar Idrus tidak lagi memberikan teguran kepada semua pihak yang mengaku beragama Islam, sebaliknya membuat kritikan untuk membesar-besarkan PAS.

Namun sebelum Azhar Idrus, PAS sebenarnya pernah mempunyai seorang lagi penceramah ‘bintang’ yang sehingga kini masih lagi laku ‘di pasaran’. Rakaman video cakera padatnya begitu laris dan terjual di seluruh negara. Namanya adalah Kazim Elias.

Bagaimanapun, teguran demi teguran yang dilakukan oleh Kazim Elias akhirnya membuatkan kerjayanya bersama PAS berakhir apabila Muktamar Dewan Ulama PAS pada 14 Mei 2011 telah meluluskan dua usul di mana salah satu usulnya adalah memecat Ustaz Kazim Elias yang disifatkan sebagai DURI DALAM DAGING kerana mengkritik PAS yang bergabung dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Untuk menghalalkan pemecatan Kazim Elias, geng-geng ulama ujub itu telah memberi alasan, kononnya Kazim Elias menggunakan hujah yang begitu dangkal dan tidak langsung mengambilkira dasar Tahalluf Siyasi yang telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulama. Dan untuk memperlihatkan tentang dangkal dan kurangnya ilmu Kazim Elias, dikatakan pula kononnya, Kazim Elias pernah dikesan menghuraikan hukum dan mentafsir Al-Quran tanpa berdasarkan kepada tafsiran ulama mufassirin.

Alasan-alasan yang diberikan oleh para pemimpin PAS itu sebenarnya hanyalah helah untuk mengelak daripada dipersalahkan, terutama dari kalangan ahli-ahli PAS yang bengong, jahil, dan kurang berilmu. Contoh yang paling mudah, apabila UMNO yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman Putra melakukan Tahalluf Siyasi dengan MCA dan MIC pada tahun 1955, PAS begitu bersungguh-sungguh berhujah kononnya, UMNO telah mengambil kafir sebagai wali mereka.

Hujah itu terus digunakan sehinggalah awal 2008. Kerjasama antara UMNO dan parti-parti politik bukan Islam yang lain tidak dianggap sebagai Tahalluf Siyasi sebaliknya digambarkan sebagai kerjasama yang menjadikan umat Islam sebagai hamba abdi kepada kaum kafir.

Namun apa yang sebenarnya berlaku ialah, kepimpinan PAS sebenarnya terlalu takut kepada sebarang teguran yang berjaya mendedahkan tembelang kebodohan dan kejahilan mereka sendiri. Sesiapa sahaja yang menegur kepimpinan PAS, sudah pasti akan menerima risiko pemecatan.

Terbaru adalah Hasan Ali, bekas Exco Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor. Tindakan Hasan Ali yang dilihat mengganggu KASIH SAYANG Anwarista di dalam PAS kepada DAP dan kegiatan-kegiatan tidak bermoral, akhirnya menyaksikan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu dipecat keahliannya.

Kazim Elias juga sama seperti Hasan Ali. Teguran yang dibuat kepada kepimpinan PAS tidak disenangi. Kepimpinan PAS berasa mereka lebih pandai, lebih hebat dan lebih berilmu sehingga tidak memerlukan teguran sesiapa pun.

Menariknya dalam sirah, Syaidina Umar Al-Khattab r.a pernah menegur Syaidina Uthman bin Affan r.a apabila menantu Nabi s.a.w itu terlambat datang mendengar khutbah Jumaat, tidak sempat mandi dan tidak sempat menukar pakaian lain kerana terlalu sibuk berniaga. Sedangkan Syaidina Uthman bin Affan r.a adalah salah seorang yang dijamin syurga oleh Nabi s.a.w.

Apa sangatlah Nik Aziz dan Abdul Hadi Awang dan Dewan Ulama PAS berbanding Syaidina Uthman Affan r.a sehingga mereka tidak boleh ditegur, bahkan memecat Kazim Elias melainkan mereka hanyalah sekumpulan KAUM MUNAFIQ yang bergerak atas lajnah penipuan dan pemerdayaan!!!

<PerakToday>

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s