TIADA PERKATAAN ‘KUCAR-KACIR’ DI DALAM LAPORAN AUDIT NEGARA 2010….!!!

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata jabatan itu tidak pernah melabelkan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) kucar-kacir dalam Laporan Audit 2010, sebaliknya kata beliau hanya kata wujud kelemahan dalam perlaksanaan.

Menurutnya, dari perspektif audit, terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek yang bermula sejak 2006 itu.

“Laporan Ketua Audit Negara 2010, tidak menggunakan perkataan “dalam keadaan kucar-kacir, “dalam keadaan huru-hara” atau pun “penyelewengan.

“Kata-kata ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan jabatan itu tidak patut bertanggungjawab,” katanya dipetik dari The Star Online.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh berkata, beberapa laporan polis telah dibuat dan kenyataan turut diberikan berserta buku-buku dan dokumen syarikat untuk siasatan lanjut.

“NFCorp memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis dan menunggu hasil siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, perkataan kecelaruan telah menimbulkan kekeliruan orang ramai terhadap syarikat itu.

“Ketua Audit dalam laporan audit 2010 tidak menyifatkan NFC sebagai dalam kecelaruan. Kritikan mengenai projek itu dalam kecelaruan adalah tidak tepat,” tegasnya.

Izmir turut berkata, laporan Ketua Audit boleh diperolehi secara percuma dari laman web Jabatan Audit Negara di http://www.audit.gov.my/.

Beliau menggesa orang ramai supaya meneliti laporan itu untuk memahami kekeliruan tersebut.

NFC juga mengalu-alukan usaha kerajaan untuk melantik firma perunding untuk mengendalikan proses pengauditan terhadap projek ternakan lembu yang sebelum ini diuruskan oleh NFC.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lalu menunjukkan bahawa projek itu tidak memenuhi sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan.

Ia melaporkan bahawa projek RM74 juta NFC di Negeri Sembilan tidak diuruskan dengan baik dan menghasilkan 3,289 ekor lembu yang merupakan hanya 41.4 peratus berbanding sasaran yang ditetapkan

laporanaudit

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s