‘DAP ganti PAS’ – II

Amat menarik apabila Pas  sudah mula bercerita mengenai kerusi-kerusi yang bakal mereka bertanding di Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Seperti yang kita semua tahu, majoriti mudah di ParlimenMalaysiaadalah memerlukan 112 kerusi untuk menubuhkan kerajaan. Dan Barisan Nasional mendominasi kemenangan di dalam pilihanraya negara sejak dari dulu lagi.

Tetapi, apabila Pas bercakap mengenai kerusi pilihanraya, harus diingat bahawa pada PRU12 yang lalu, Pas telah bertanding sebanyak 67 kerusi di dalam negara. Dan bagi Pilihanraya ke 13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi, Pas hanya mahukan 60 kerusi sahaja.

Situasi ini sedikit sebanyak menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan ahli-ahli Pas dan juga penyokong-penyokong mereka. Amat menghairankan jika untuk PRU13, Pas hanya berhasrat untuk bertanding 60 kerusi. Ini merupakan penyusutan tujuh kerusi bagi parti melayu kedua terbesar tersebut.

Dan yang menjadi persoalan sekarang ialah.., untuk siapakah Pas memperuntukkan baki tujuh kerusi di kawasan yang pernah mereka tandingi tersebut pada PRU yang lalu? Apakah ini ada kena mengena dengan ura-ura bahawa DAP inginkan kerusi Pakatan di kawasan Melayu bagi meletakkan calon Melayu mereka?

Jika inilah yang terselindung di sebalik tujuan Pas mengurangkan kerusi yang mereka tandingi, maknanya Pas sanggup tunduk kepada DAP di dalam pembahagian kerusi pilihanraya.

Dan ini juga membuktikan bahawa Pas hanya parti kelas ketiga yang tidak punya suara di dalam kerjasamanya bersama gabungan parti Pakatan.

Tak salahlah jika rakyat melihat Pas sebagai sebuah parti yang dijadikan kuda tunggangan kepada DAP ketika ini. Semuanya kerana Pas sendiri telah menunjukkan yang mereka sedia memenuhi segala kemahuan DAP biarpun terpaksa mengorbankan hak mereka sendiri.

Rakyat harus ingat, sekiranya Pas memenangi kesemua kerusi yang ditandinginya pada PRU13 nanti, Pas masih belum ada cukup bilangan untuk menubuhkan kerajaan. Jumlah 60 kerusi itu juga belum lagi cukup 2/3 untuk melakukan pindaan perlembagaan.

Bagaimana Pas mahu merealisasikan perjuangan mereka untuk melaksanakan perjuangan Islam dan mahu memperkenalkan hukum Hudud di dalam negara jika Pas tiada kuasa untuk melakukan sebarang pindaan terhadap perlembagaan yang sedia ada?

Pas sepatutnya bertanding di 114 kerusi Parlimen dalam pilihanraya dan tak harus tunduk kepada tekanan DAP atau PKR di dalam usaha memperjuangkan ideologi parti mereka.

Pas sepatutnya bertanding di 114 kerusi Parlimen dalam pilihanraya dan tak harus tunduk kepada tekanan DAP atau PKR di dalam usaha memperjuangkan ideologi parti mereka.

Pas patut tunjukkan kesungguhan untuk melaksanakan negara Islam di bawah acuan parti tersebut dan itu dapat dilakukan dengan menjadi kuasa nombor satu didalam Pakatan.

Itu baru betul jika Pas benar-benar maksudkan segala ucapan serta janji-janji mereka sebelum ini di dalam setiap ceramah-ceramah di seluruh negara. Pas tak seharusnya menjadi lemah dengan tunduk kepada setiap desakan dari DAP. Ini sebenarnya menjadi punca orang-orang Melayu semakin menjauhi Pas.

Sekarang ini, rakyat secara jelas melihat strategi Pas hanyalah untuk memindahkan kuasa daripada UMNO/BN kepada DAP/PKR. Pas sedikit demi sedikit dianggap sebagai sebuah parti yang bukannya berjuang untuk agama, tetapi lebih cenderung kepada perasaan cemburu serta dendam lama terhadap UMNO.

Di dalam amalan demokrasi yang dipraktikkan di negara ini, jika tiada majoriti bagaimana Pas mahu mengawal kuasa politik?

Dan kalau benarlah orang bukan Islam lebih percaya serta yakin kepada Pas lebih dari UMNO seperti kata Nik Aziz, Pas bertandinglah di 114 kerusi dan di kerusi bukan majoriti Melayu terutamanya… Selepas itu baru tahu mereka sokong Pas atau tidak.

Che_Wan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s