‘DAP ganti PAS’ – I

 

Slogan ‘DAP Ganti Pas’ dilihat makin terserlah dan tidak mustahil bakal menjadi kenyataan setelah melihat beberapa perkembangan menarik pada waktu ini khususnya tindakan DAP yang cuba menarik kaum Melayu menyertai parti itu selain kerelaan Pas menyerahkan beberapa kerusi DUN dan Parlimen kepada sekutunya itu.

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din berkata Pas terkunci di dalam permainan politiknya sendiri dan keadaan itu membuka ruang yang cukup luas kepada DAP untuk menggantikan parti berkenaan.

Menurut beliau tidak ada yang mustahil dalam politik dan berdasarkan perkembangan itu, Pas harus melupakan hasrat mereka yang kini mencanang ke seluruh negara kononnya Pas akan ganti UMNO.

“Apa lagi yang kita boleh perkatakan… Jika perjuangan Pas boleh bertukar daripada Negara Islam kepada Negara Berkebajikan, DAP pula dengan giat cuba menarik kaum Melayu menyertai parti itu dan Pas pula dengan rela hati menyerahkan beberapa kerusi DUN dan Parlimen kepada sekutu mereka.

“Bukankah itu menunjukkan Pas sudah hilang segala-galanya dan slogan Pas Ganti UMNO kini sudah terbalik kepada DAP ganti Pas. Lagi pun bukankah beberapa pemimpin DAP sudah boleh baca ayat-ayat al-Quran ketika berceramah sebelum ini“, katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindak-tanduk DAP sejak kebelakangan ini yang didakwa giat menarik kaum Melayu menyertai parti itu selain kerelaan Pas menyerahkan beberapa kawasan DUN dan Parlimen kepada sekutu mereka itu seperti di Johor.

Megat yang juga Ketua Pemuda UMNO Gombak seterusnya menegaskan DAP sebenarnya tidak mempercayai sekutu mereka sendiri apabila bertindak menarik kaum Melayu untuk menyertai parti berkenaan.

Katanya jika mereka benar-benar ikhlas bersahabat bersama Pas dan PKR kenapakah mereka tidak hanya menyerahkan perkara berkenaan kepada kedua-dua parti berkenaan.

“Apa pun yang jelas DAP tidak lagi mempercayaai Pas selain berkemungkinan mereka mahu menjadi “abang besar“ di dalam pakatan pembangkang. Kepada penyokong totok Pas renung-renungkanlah agar mereka tidak terus tertipu dengan mainan politik sekutu mereka sendiri.

“Biarkan hanya pemimpin mereka yang tertipu dan bukannya mereka yang dilihat begitu gigih dan komited untuk menaikan imej Pas sedangkan parti itu ditipu bulat-bulat oleh sekutu mereka sendiri, “ katanya. -MediaUMNO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s