AGENSI PERSEKUTUAN BELA MELAYU BAKAL ‘LENYAP’ JIKA PR PERINTAH..???

Pada hemat kami, bukan setakat KEMAS sahaja yang bakal dibubarkan. Banyak lagi agensi Persekutuan lain yang pengkhususannya untuk membantu orang Melayu dan bumiputera akan menerima nasib yang sama.

Tidak percaya? Saksikanlah sendiri apa yang berlaku dalam tempoh tidak sampai LIMA tahun ini di Selangor dan Pulau Pinang. Naik sahaja berkuasa, Dasar Ekonomi Baru terus sahaja dibubarkan. Alasan rasuah dan penyelewengan dijadikan hujah bagi memperbodoh-bodohkan Melayu Fuckatan yang lemah akal fikiran.
Sekarang Melayu yang mencari rezeki dengan perniagaan berhadapan dengan situasi yang sukar di kedua-dua negeri tersebut. Hendak harapkan PAS, parti tersebut hanya layak menjaga adat dan sosial sahaja pula.
Perhatikanlah juga apa yang telah terjadi kepada PKNS di Selangor? Anak syarikat Kerajaan Negeri yang ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei di bawah Dasar DEB sebenarnya adalah untuk membantu orang Melayu Selangor keluar dari kepompong kemiskinan dan bersaing dengan bangsa yang telah lama dibantu British di bandar bagi mencapai kejayaan.
Lebih 40 tahun berlalu. Kini PKNS yang didominasi oleh Melayu penyangak fuckatan berubah menjadi sebuah syarikat bagi menyediakan hartanah komersial yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri kepada kapitalis-kapitalis DAP yang kaya. Dengar ceritanya, bangunan Yayasan Selangor juga kini bakal diubah menjadi ibu pejabat DAP Malaysia. Tidak peliklah jika sebelum ini Kerajaan Selangor berkeras untuk merobohkan asrama anak-anak Melayu miskin yang ditaja Yayasan.
Tetapi berapa ramai antara kita yang sedar akan perkara ini? Sehingga hari ini, masih ramai lagi yang lalai didendangkan dengan isu rasuah dan penyelewengan pemimpin UMNO yang sebenarnya dibawa bagi menutup agenda jahat fuckatan yang sedang berjalan rancak. Mereka hanyalah membuat lebih banyak bising bagi mengatasi kebisingan yang ada.
Malah kita juga tidak sedar bahawa pemimpin fuckatan yang ada kini adalah bekas penyangak yang pernah merosakkan UMNO dan BN suatu ketika dahulu. Mereka sebenarnya hanya menceritakan tentang kepakaran dan pengalaman mereka merommpak duit rakyat tanpa kita sedari!
Jadi selamatkanlah masa depan anak-anak kita. Ayuh kita sama-sama hentikan zaman Edan ini. BN yang kuat menjamin kemakmuran dan ketenteraman kita semua! Insya Allah! < My Massa >

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s