KERAJAAN PUSAT TETAP PRIHATIN TERHADAP RAKYAT WALAUPUN DI NEGERI DI TADBIR PEMBANGKANG…

Kerajaan Pusat beli tanah bina rumah mampu milik di PP…..

GEORGETOWN 28 Jan. – Kerajaan Pusat bercadang membeli beberapa bidang tanah di Pulau Pinang bagi membina perumahan mampu milik untuk golongan bumiputera di negeri ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, sebanyak tujuh bidang tanah sudah dikenal pasti setakat ini dan kerajaan sedang berbincang dengan pihak penjual bagi membeli tanah-tanah tersebut.

“Satu isu yang begitu mencabar dihadapi bumiputera, penduduk Melayu di Pulau Pinang ialah harga rumah semakin lama semakin tinggi, sehingga rumah teres tiga tingkat pun berharga lebih RM1.5 juta. Macam mana orang Melayu nak beli?

“Jadi, kita akan cuba cari mekanisme untuk melibatkan kontraktor dan pemaju tempatan. Kita tidak mahu hanya kerajaan sahaja terlibat, tetapi kerajaan akan memudahkan pada peringkat permulaan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di sini, hari ini.

Nor Mohamed yang juga merupakan Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, perumahan yang akan dibina kelak mungkin menggunakan konsep Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (Pr1ma), yang mana memberi penekanan kepada projek perumahan mampu milik. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s