PEMBANGKANG HANYA AKAN HANCURKAN EKONOMI NEGARA….???

NAJIB bersalaman dengan orang ramai ketika melawat Pasar Sehari Behor Lateh, Kangar, semalam.

NAJIB bersalaman dengan orang ramai ketika melawat Pasar Sehari Behor Lateh, Kangar, semalam.
KANGAR: Datuk Seri Najib Razak, berkata tindakan pembangkang menabur janji manis, termasuk menghapuskan tol dan bayaran balik Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta menurunkan harga minyak jika menang pilihan raya adalah resipi yang akan membawa kehancuran ekonomi negara.
Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, rakyat perlu bijak menilai kerana kerajaan yang bertanggungjawab perlu memikirkan kesan jangka panjang ekonomi negara dan bukannya menawarkan pelbagai janji manis bagi meraih undi untuk jangka masa pendek.
Katanya, pengalaman negara rantau Eropah adalah contoh terbaik dijadikan pengajaran apabila mereka terjerumus dalam ekonomi yang hina dari segi maruah dan berlaku dalam masa sekelip mata.“Kita perlu lihat kesan dalam jangka panjang dan apa yang boleh kita bantu kurangkan beban rakyat dalam jangka pendek. Tidak bererti semua untuk masa akan datang, tetapi membantu meringankan beban rakyat yang tidak merugikan negara untuk jangka panjang.

“Adalah tidak realistik nak hapuskan tol dan hutang PTPTN sebanyak RM40 bilion kerana pada masa akan datang semua pelajar yang dapat pinjaman PTPTN akan tuntut kerajaan lupuskan pinjaman… ini resipi untuk kemusnahan ekonomi,” katanya selepas program Tinjauan Mesra Rakyat di Simpang Empat, di sini semalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s