KENYATAAN DARI WALL STREET JOUNAL… KENAPA NAK SALAHKAN MEDIA LAIN..??

“Biasa lah Anwar, jika sudah tersepit, dia akan salahlah orang lain !”, itulah respon spontan, Anuar Shaari, ketika diminta mengulas jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalahkan media telah memutarbelitkan kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin dalam interbiunya di Wall Street Journal (WSJ), 26 Jan.

“Kenyataan Anwar tentang Israel itu dipetik dari WSJ, jadi kenapa disalahkah media lain.

“Saya percaya media lain memetik bulat-bulat apa yang terkandung dalam WSJ, jadi jika dia nak beri amaran atau ambil tindakan, dia perlu ambil tindakan terhadap WSJ terlebih dahulu”, katanya.

WSJ, 26 Jan melaporkan dalam wawancara bertajuk “Malaysia’s Anwar Presses On Despite Appeal“, Anwar telah berkata; “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians”

Maksudnya; “Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin”.

Wartawan WSJ, Shibani Mahtani memfokuskan sokongan Anwar kepada Israel dan mengkesampingkan isu Palestin.

Anuar yang juga bekas Setiausaha Sulit Anwar menegaskan tidak mungkin wartawan itu memanipulasi jawapan Anwar kecuali menyalin bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh Ketua Umum PKR itu.

“Saya percaya ia adalah apa yang diperkatakan Anwar dan WSJ idak tersalah petik.

“Pendirian sebenar tidak dapat disembunyikan lagi dengan beberapa petunjuk terkini seperti Israel ‘syurga’ LGBT.

“Kini, Anwar tidak dapat menahan diri lagi daripada menunjukkan sokongan kepada Israel”, katanya.

Menurutnya, wawancara WSJ itu ditujukan kepada pihak Barat, namun apabila mula tersebar di Malaysia yang majoritinya umat Islam, beliau akan berdolah dalih supaya tidak kehilangan sokongan.

“Di peringkat tempatan, dia akan berdolah dalih menyalahkan orang lain, terutamanya apabila berhadapan dengan PAS.

“Dengan harapan, apabila dia menyalahkan orang lain, sokongan PAS kepadanya tidak merosot.

“Walau apa pun, kini pekung sebenar Anwar tidak dapat disembunyikan lagi”, katanya.

Sementara itu, blogger Jebat Must Die mendedahkan perbezaan jawapan Anwar yang ditujukan kepada masyarakat Malaysia dengan apa yang diucapkannya kepada masyarakat antarabangsa seperti dilaporkan WSJ.

Katanya, ini sekaligus mengesahkan laporan The Economist 2009 yang menggelarkan Anwar Ibrahim sebagai seekor binatang sesumpah atau ‘chameleon’ yang boleh bertukar warna mengikut keadaan dan tempat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s