KU LI NAFI AKAN SERTAI PEMBANGKANG….

ku-li1

Orang kuat UMNO Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) tolak cakap-cakap yang dia sedang mengintai kerjasama dengan pembangkang seperti yang dihebohkan sebelum ini.

Bos NGO AMANAH itu, ketika ditanya wartawan di Kota Bharu pada Khamis, Ku Li sambil bergurau berkata: “Saya sudah kahwin kan, lebih baik bergabung dengan isteri saya.”

Macam-macam gosip yang didengar berkaitan Ku Li akhir-akhir ini, termasuk kononnya beliau ditawarkan jawatan PM oleh Pakatan Rakyat jika Anwar ke penjara.

Beliau yang juga Ketua UMNO Gua Musang sebelum itu menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kelantan bersama Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri.

Ku Li menafikan beliau memboikot mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kelantan kerana sering tidak menghadiri mesyuarat badan itu sejak beberapa lama.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, beliau bukan sengaja tidak mahu menghadiri mesyuarat itu kerana kadang-kadang surat jemputan mesyuarat itu lewat diterimanya.

“Saya tak hadir, bukan tak nak hadir, tapi (surat) jemputan kadang-kadang lewat sehari selepas mesyuarat atau sehari sebelumnya,” katanya.

Pemimpin veteran ini ditanya mengenai kedudukannya yang sudah lama tidak kelihatan menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO itu, sejak selepas pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.

Ditanya mengenai peluang Barisan Nasional (BN) untuk menawan semula negeri Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 nanti, beliau berkata peluang itu tetap ada jika BN mempunyai persediaan secukupnya.

“Bagi kita sentiasa yakin, tetapi soalnya terletak atas persediaan dan kesungguhan kita,” katanya.

Sementara itu dalam sidang akhbarnya di Ketereh ,ketika diminta mengulas kehadiran Tengku Razaleigh pada perjumpaanya dengan Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Muhyiddin berkata, “beliau (Tengku Razaleigh) terlibat berbincang dengan kita tadi dan telah memberikan pandangan dan cadangan yang saya fikir adalah baik.”

“Kita mahu setiap pemimpin parti memberi pandangan dan pendapat secara ikhlas, di mana kekuatan kita, di mana kelemahan kita, apa yang perlu kita perbaiki, jadi kehadiran Tengku Razaleigh membantu kita dari segi mendapatkan pandangan-pandangan sesuai”

Tambah Muhyiddin, “penting, beliau pun sedar sebagai pemimpin UMNO yang banyak pengalaman dan dihormati di Kelantan, beliau tahu ada fungsi dan peranan, saya menghargai kehadiran beliau pada mesyuarat tersebut.

AgendaDaily

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s