MOLEK SUNGGUH BAHASA SUMPAH SERANAH PROKSI ZIONIS NI YE….

Anwar menghina lagi Mufti pewaris nabi, mencerca kembali Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak dan Ustaz Fathul Bari Mat Jahya dengan kata-kata sinis, ‘Apa hang bangang sangat ni’.. ‘Kepala Bapak Hang’ apabila mereka berdua menegurnya berkaitan dengan ucapannya di BBC News, 12 Jan. Sepatutnya seseorang yang ingin menjadi Perdana Menteri hendaklah menjaga tatasusila dan perkataannya daripada bahasa-bahasa seumpama itu.

“(Anwar berkata soalan wartawan kepadanya adalah) ‘awak telah difitnah berulang kali mengenai liwat..apakah awak akan pinda undang-undang atau batalkan undang-undang kalau awak jadi Perdana Menteri.

“Saya jawab..kita umat Islam dan saya percaya majoriti bukan Islam..terima institusi perkahwinan di antara lelaki dan perempuan..dan saya tidak pernah minta maaf..itu keyakinan kita..itu apa maknanya..maknanya tak terima lah..apa hang bangang sangat ni..apa hal. Walau marah macam manapun, carilah perkataan yang sesuai dengan cita-cita hendak menjadi ketua.

“Kemudian saya sambung..bagaimana dengan undang-undang sekarang..377B..yang kenakan saya, yang fitnah, yang khianat..yang pergi siasat ke bilik-bilik orang..reka..bagi DNA la..(air) mani la..apa semua..saya kata undang-undang sekarang ini..yang ada dibuat undang-undang di Malaysia..bukan undang-undang Islam..undang-undang ini saya kata..usang..jumud..mesti dipinda..

“Tafsirnya panggil ustaz tua sorang, ustaz muda sorang..’eh tak patut..tak patut Anwar kata begini..saya minta dia beristifar dan bertaubat’..Kepala bapak hang.”, kata Anwar dalam program Mesra Rakyat Bersama Rakyat, di Dengkil, Selangor, 27 Jan.. Patutlah pengasas ABIM, Ustaz Ismail Mina melarikan diri daripada perjuangannya yang sudah rosak Aqidah itu.

Nasib baik tak jadi PM, kalau jadi PM habislah semua orang kena sumpah seranah dengan bahasa kasar dia. Macam ne kah bahasa orang Permatang Pauh…ish sori sori, orang Permatang Pauh baik-baik belaka, kita tahu, sekor ne je lar agaknya meroyan tak jadi-jadi PM lagi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s