ANUGERAH PERDANA MAULIDUR RASUL 2012

Mufti Negeri Pulau Pinang dan Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Sahibus Samahah Datuk Seri Hassan Ahmad diumumkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1433H/2012.

Hassan, 70, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menerima anugerah itu daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua’dzam Shah pada majlis Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Putra di sini hari ini.

Anak kelahiran Seberang Perai, Pulau Pinang itu menerima hadiah wang tunai RM50,000, trofi dan sijil, mashaf al-Quran dan kitab Fi Zilalil Quran.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Hadir sama ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Ketika ditemui pemberita, Hassan menyarankan agar umat Islam menghayati ajaran Islam secara menyeluruh dan bukan terbatas kepada aspek-aspek tertentu sahaja.

“Sambutan Maulidur Rasul adalah untuk mengingati tentang kelahiran dan perjuangan Rasulullah S.A.W.

“Umat Islam harus menghayati Islam dari semua aspek hidup seperti dalam bidang ekonomi, kekeluargaan dan kehakiman kerana ajaran Rasulullah S.A.W. adalah secara menyeluruh,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s