SOKONG BN UNTUK PERUBAHAN….

Masyarakat Cina sokong BN kerana mahukan perubahan

JELI 5 Feb. – Barisan Nasional (BN) Kelantan yakin masyarakat Cina di negeri ini akan menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang kerana mahukan perubahan yang gagal dilaksanakan Pas walaupun mentadbir selama 22 tahun.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perakuan itu dinyatakan sendiri pemimpin masyarakat Cina termasuk pemimpin badan bukan kerajaan ketika bertemu dengannya beberapa hari lepas.

“Masyarakat Cina juga telah hadir dengan jumlah yang begitu besar dalam satu majlis baru-baru ini, dan ini antara bukti sokongan mereka terhadap BN semakin meningkat di Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Maulidul Rasul peringkat Parlimen Jeli di Bukit Nangka di sini hari ini.

Justeru kata Mustapa, kenyataan pembangkang bahawa kaum Tionghua di Kelantan tidak akan menyokong BN adalah tidak benar.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, sempena sambutan Maulidul Rasul, beliau berharap anggota UMNO di Kelantan bersatu padu.

Katanya, UMNO juga bersedia menerima sesiapa sahaja yang mahu menyertai parti tonggak bangsa Melayu itu asalkan sanggup menerima dasar perjuangan parti tersebut. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s