PADAH MENIPU IBU !!!

Padah Menipu Ibu…Gadis 14 Tahun Dirogol Berkali-Kali Oleh Empat Lelaki Berbeza

Menipu adalah satu perbuatan yang berdosa, apatah lagi jika ia dilakukan terhadap ibu sendiri.

Silap haribulan ia akan mendapat balasan di dunia terus, bak kata orang – Tuhan bayar ‘cash’!

Dan inilah yang berlaku pada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Ngulang, Perlis minggu lalu.

Pada mulanya si gadis ini memberitahu ibunya hendak ke pasar malam, tetapi rupa-rupanya dia ‘melencong’ ke tempat lain bersama teman lelakinya.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika dihubungi Berita Harian mengesahkan kejadian itu susulan laporan polis dibuat mangsa pada pagi 31 Januari lalu.

“Mangsa telah dibawa suspek ke sebuah pondok di Ngulang, sebelum dirogol. Sesudah itu, mangsa diserahkan pula kepada tiga yang lain yang turut merogolnya.

“Sebaik selesai, suspek menghantar mangsa ke kawasan rumahnya di Taman Firdaus, dekat Kangar, sebelum laporan dibuat di Balai Polis Arau berhubung kejadian itu.

“Hasil laporan itu, polis menahan empat lelaki berusia 17 hingga 22 tahun, Khamis lalu, termasuk teman lelaki mangsa untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Nadzri berkata, sepanjang tempoh tiga hari bermula 31 Januari lalu, empat kes rogol dilaporkan berlaku di daerah ini, dengan tiga daripada mangsanya adalah gadis bawah umur.

“Susulan itu, kita turut menahan tujuh lelaki untuk membantu siasatan dengan majoriti kes dikenal pasti berpunca daripada perkenalan melalui Facebook,” katanya.

Semoga kes ini menjadi peringatan kepada gadis di luar sana supaya berhati-hati dan jangan sekali-kali melawan apatah lagi menipu ibu bapa sendiri.

Tidak ada ibu bapa yang mahu anaknya menjadi liar dan jahat, sebab itu adakalanya mereka dilihat seperti mengongkong tetapi percayalah ia demi kebaikan kita sendiri.

Nanti kalau jadi seperti adik kita di Perlis tu macam mana?

Jangan dah terhantuk, baru nak tergadah.

Biar macam mana pun ibu kita… biar hodoh, tidak berpelajaran, miskin dan sebagainya…. dia lah ibu yg mengandung, melahirkan, mendidik dan membesarkan kita…hingga kita kenal dunia…. JANGAN PERNAH DERHAKA DAN MEMBANTAH CAKAP MEREKA JIKA SEMUANYA DEMI KEBAIKAN MASA DEPAN KITA…. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s