RAKYAT KECEWA DENGAN POLITIK KEDAH????

SEBAGAIMANA cuaca sejak Januari hingga Mac ini di Kedah dijangka panas dan kering kerana musim kemarau, begitu juga iklim politik pakatan pembangkang ketika ini yang semakin panas akibat bercakaran antara satu sama lain.

Ia bermula dengan isu bantahan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang menentang keputusan Kerajaan Pas Kedah mengambil tindakan terhadap lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang disifatkan oleh PKR dan DAP sebagai bercanggah dengan Buku Jingga.

Bagaimanapun, semua serangan sekutu Pas itu berjaya ditepis oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak termasuk mengkritik Buku Jingga yang dianggap belum sesuai untuk dilaksana di negeri jelapang padi itu.

Terbaru, musuh-musuh Azizan dikatakan terus tidak senang duduk lalu menyebarkan pula khabar angin Azizan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. Ternyata ia berita palsu.

Dalam satu laporan portal berita Selasa lalu, Azizan dikatakan akan meletakkan jawatan dalam tempoh tiga jam daripada berita itu disiarkan malah maklumat itu dikatakan diperoleh daripada sumber dalaman di Wisma Darul Aman.

Azizan yang sedia maklum mengenai perkara itu menyifatkan serangan psikologi tersebut seperti ‘kebudak-budakan’ oleh pihak yang tidak senang dengan corak kepimpinannya selain mahu menggugat kelancaran pentadbiran kerajaan negeri.

Bagi Pesuruhjaya Pas Kedah itu, serangan berbentuk fitnah itu bukan perkara baru kerana beberapa bulan sebelum ini beliau pernah didakwa sudah meninggal dunia selepas menjalani rawatan jantung.

Rakyat negeri ini bersimpati dengan nasib yang melanda ‘Ustaz Azizan’ selain kecewa dengan sikap beberapa pemimpin PKR dan DAP yang dilihat tidak menghormati kepimpinan menteri besar mereka.

Selain itu, rakyat daripada pelbagai peringkat berpendapat, pakatan pembangkang ternyata benar-benar tiada sebarang kesepakatan hingga ke tahap orang luar campur tangan dalam pentadbiran negeri.

Realitinya, Azizan bukan seperti pemimpin pakatan pembangkang lain kerana kewibawaan, latar belakang dan corak kepimpinan yang disenangi oleh rakyat jelata dan berhikmah mirip kepada Barisan Nasional (BN).

Tidak hairanlah, perkara ini menimbulkan rasa tidak disenangi oleh rakan sekutunya yang mahu agar Azizan bersara sahaja daripada memegang jawatan negeri.

Apapun, rakyat telah lama bosan dengan kemelut dalaman pakatan pembangkang di negeri ini yang hanya merugikan rakyat.

Sejak pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri, pembangunan ekonomi dan sosial Kedah terbantut hingga ke tahap mengecewakan.

Ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja, Pas masih gagal melaksanakan pelbagai program untuk kebaikan rakyat, bahkan sebahagian besar janji manifesto pilihan raya juga tidak ditunaikan.

Rakyat tertanya-tanya apakah yang dilakukan oleh exco-exco kerajaan negeri kerana terlalu banyak masalah rakyat tidak berjaya diselesaikan, bahkan tiada sebarang projek ekonomi yang konkrit dijalankan untuk manfaat rakyat Kedah.

Dalam keadaan kritikal dan masa yang suntuk begini, kerajaan negeri masih mahu diserang dan dirobek-robek oleh sekutunya dari luar yang mahu menggugat kepimpinan Azizan. Rakyat sudah cukup rimas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s