TIPU IBUBAPA UTK JADIKAN KANAK-KANAK PENGEBOM BERANI MATI..!!!

KABUL 21 Feb. – Pihak polis berjaya menyelamatkan seramai 41 kanak-kanak daripada menjadi mangsa pengebom berani mati ketika mereka diseludup ke Pakistan, jelas Kementerian Dalam Negeri semalam.

Jurucakap Kementerian itu, Sediq Sediqqi dalam satu sidang akhbar berkata, kanak-kanak tersebut yang berusia enam hingga 11 tahun dibebaskan pada 15 Februari lalu daripada tahanan empat pemberontak di wilayah timur Kunar.

Kata Sediqqi, keluarga mereka telah ditipu oleh pengganas yang berjanji untuk menghantar kanak-kanak tersebut ke beberapa seminar di Pakistan di mana mereka akan menjadi mangsa pengeboman berani mati menentang tentera tempatan dan antarabangsa di Afghanistan.

Polis menahan empat suspek dan kanak-kanak tersebut dihantar pulang kepada keluarga mereka. – AFP

*** Pastikan di mana anak-anak anda berada sekarang…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s