KAPAL DAGANG ISRAEL..???

Memanglah luka hati dibuatnya kalau tidak tahu latar belakang ceritanya.Macam mana ini di satu pihak kata tentang Israel tetapi kapal negara itu masuk pelabuhan Malaysia?

Itu yang sedang hangat dimainkan oleh pembangkang sekarang dalam usaha untuk cover line kisah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tersepit dengan isu kenyataannya mengenai keselamatan Israel dalam akhbar Wall Street Journal.

Bukan sahaja Anwar sendirn…malah Datuk Nik Aziz Nik Mat pun turut persoalkan.Hajat dihati tidak lain tidak bukan untuk gambarkan kerajaan Malaysia lidah bercabang dalam bab Israel.

Ini kisah Kehadiran dua buah kapal dagang milik rejim Israel, Zim Atlantic dan Zim USA ke Westport, Pelabuhan Klang pada 16 Februari.

Rupanya…ada sandiwara hipokrit kelas pertama bab ini.

Sebab itu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin nampak relaks saja ketika mengulas isu terbaru ini selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di Bangunan UMNO Parit Selasa.

Beliau meminta semua pihak menyingkap balik siapakah Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1996.

Katanya orang itu,yakni Anwar yang kini buat-buat tidak tahu itulah yang bagi lampu hijau.

“Sebelum 1996 kita tidak boleh berdagang dengan Israel…. Jadi pada 1996 siapa Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan tidak lain tidak bukan adalah Anwar Ibrahim.

“Jadi kalau dia kata hari ini kerajaan ada hubungan dagangan dengan Israel dan beliau buat-buat tidak tahu, beliau sebenarnya menteri yang membenarkan perkara ini.

“Jadi saya harap perkara ini diketahui umum bahawa kita berdagang bukan kerana kita sokong Israel tetapi ini keperluan dari segi globalisasi. Kalau Anwar terus serang dengan “point” itu, dia sendirilah yang sebenarnya meluluskan pindaan tersebut.

Khairy menjelaskan walaupun ada perdagangan antara kedua-dua negara tetapi perdagangan itu adalah antara syarikat antarabangsa dan Malaysia mempunyai polisi dan pendirian yang jelas bahawa tidak ada sebarang hubungan politik dan diplomatik dengan negara Israel.

“Contohnya syarikat antarabangsa yang berpengkalan di Malaysia yang perlukan bahan mentah yang tidak boleh diperolehi daripada negara-negara lain, mereka terpaksa import daripada Israel sebab ada syarikat yang mungkin tidak dimiliki oleh rakyat Israel di negara tersebut.


“Contohnya Intel ada kilang di Israel menyediakan bahan untuk membuat mikrocip atau bahan untuk semikonduktor atau untuk peralatan komputer. Intel di sini atau syarikat pekilang di Malaysia terpaksa import daripada Intel.

“Kelonggaran ini telah diberikan pada 1996 dan saya ingin ingatkan Anwar bahawa beliau jangan hipokrit atau buat-buat tidak tahu dalam soal hubungan dagang ini kerana pada 1996 Anwar pada waktu itu sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Menurut beliau kawalan terhadap dagangan dengan Israel dikawal di bawah Akta Kastam dan agensi berkenaan adalah dibawah Kementerian Kewangan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir juga dilaporkan berkata kerajaan tidak melarang perdagangan antara syarikat swasta negara ini dengan ahli-ahli perniagaan Israel.

Justeru, katanya, kapal-kapal yang dimiliki oleh Israel juga dibenarkan berlabuh di pelabuhan di Malaysia untuk tujuan perdagangan tetapi dengan syarat bahawa anak kapal yang memegang pasport Israel dilarang daripada mendarat.

SETERUSNYA…..

ZIM ATLANTIC & ZIM U.S.A. pemilik dua buah kapal dagang yang membawa barangan dagangan menjadi sasaran bloger pakatang bagi menutupi keaiban kenyataan Anwar Ibrahim menyokong regim Zionis.A ntara fakta yang perlu anda semua ketahui mengenai ZIM Atlantic dan ZIM U.S.A. ialah:-

1.Kedua-dua buah syarikat pengangkutan maritim (perkapalan) tersebut bukan milik kerajaan regim Zionis.

2. Kedua-dua buah syarikat berpengkalan di luar wilayah regim zionis.

3. Kesemua kapal milik kedua buah syarikat tidak pernah berlayar terus dari mana-mana pelabuhan di wilayah regim zionis spertimana yang di dakwa oleh bloger pakatang.

4. Bendera yang berkibar di atas kapal dagang milik ZIM ATLANTIC ialah bendera Liberia bukan Malaysia.

5. Kedua buah kapal dagang tersebut tugasnya membawa barangan dalam kontena dari negara-negara lain dan tidak menurunkan barangan dan kontena dari regim Zionis di pelabuhan kelang.

Isu dua biji kapal milik ZIM ATLANTIC dan ZIM U.S.A. hanyalah tipu muslihat pihak PKR melalui penulisan bloger upahan mereka yang tidak ada sebarnag intergriti. Ianya hanya sebagai perlindungan kepada serangan bertubi-tubi ke atas kenyataan Anwar Ibrahim menyokong regim Zionis. Sehingga kini Anwar Ibrahim gagal memohon maaf mahupun menarik balik kenyataannya itu. Kenapa?

Tindakan Anwar Ibrahim itu mengundang sejuta persoalan kepada semua. Seterusnya anda fikirlah sendiri kenapa selama ini tidak pernah kedengaran isu kapal milik ZIM ATLANTIC dan ZIM USA dibangkitkan oleh bloger dan J13? Isu ini dibangkitkan selepas Anwar Ibrahim tidak mahu menarik balik kenyataan kontroversinya. Anih dan hairan bukan?

Satu lagi persoalan yang berligar di minda kita ialah Pelabuhan Kelang terletak di dalam negeri Selangor. Negeri Selangor kini di tadbir oleh regim sosialis Pakatang. Jika sebelum ini kita tak pernah mendengar kapal ZIM ATLANTIC & ZIM USA berlabuh di pelabuhan Kelang, apakah maknanya jika pada hari ini kita mendengarnya pula?

Tidakkah itu bermakna bahawa kapal-kapal dagang berstatus mencurigakan pada pandangan bloger PKR hanya boleh dan diizinkan berlabuh di pelabuhan Kelang semasa pentadbiran regim sosialis Pakatang mentadbir Selangor. Peliknya kapal-kapal berstatus mencurigakan menurut bloger Pakatan hanya berlabuh di pelabuhan di negeri di bawah pentadbiran regim sosialis pakatang sahaja. Tidak kedengaran pula kapal-kapal tersebut berlabuh di mana-mana pelabuhan yang terletak di dalam negeri di bawah pentdabiran BARISAN NASIONAL. Pelik dan anih bukan?

Urusan perdagangan adalah urusan sektor swasta. Syarikat2 Malaysia tidak dihalang untuk berurusan dengan mana2 negara. Itu dari sektor swasta. Dari segi diplomatik Malaysia mmg takde hubungan denga Israel. Buktinya cer tengok pasport antarabangsa kalian semua. Hanya Israel kta takleh pergi. Maksudnya tak kiralah menteri ker PM sekalipun takleh masuk Israel. Tapi dalam urusan perdagangan misalnya urusan jual beli dan perjanjian di buat di US misalnya melibatkan syarikat Malaysia, US dan Israel. Itu hak mereka. Kapal Israel misalnya berlabuh di PORT KLANG tetapi kalau dalam kapal tu ada kelasi atau staf dr Israel mereka tetap tak boleh mendarat. Mereka juga tiada kebenaran untuk masuk Malaysia. Mereka hanya boleh tunggu di kapal. So jangan samakan hubungan perdagangan dengan hubungan diplomatik. Perdagangan hak swasta. Diplomatik hak kerajaan. Cuba korang fikir kalau suatu hari nnt Malaysia jadi tuan rumah olimpik. Boleh ker kita halang Israel dari masuk ke Malaysia untuk sertai kejohanan tersebut. Tak boleh bai. Kita perlu terima kehadiran mereka. Tapi itu bukan bererti kita sokong mereka.

Berdagan dgn mengiktiraf dua maksud berbeza……Nabi Muhammad SAW pn pernah ada hubungan dgn Yahudi. “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW” (Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)
Tapi mengiktiraf negara Yahudi ni lain. Dlm Al-Quran dh nyatakan bangsa Yahudi ini adalah bangsa yg tidak bertanah!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s