APA RASIONALNYA PEMBATALAN EGM KPF..???

HARAKAH dan PAS bersorak riang setelah membaca keputusan pengurusan Koperasi Peneroka Felda (KPF) membatalkan mesyuarat agung koperasi tersebut yang dijadualkan pada Rabu (22 Februari 2012).

Kononnya, ini adalah lambang kemenangan peneroka yang dikhabarkan menolak usul penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke Bursa Saham Kuala Lumpur.

Hakikat yang sebenarnya, pembatalan kali kedua ini bukan disebabkan oleh desakan peneroka seperti mana yang cuba dibayangkan PAS tapi adalah lanjutan dari permohonan injuksi oleh NGO ANAK pada Jumaat untuk menghalang mesyuarat agung luar biasa KPF dari membincangkan soal pelupusan aset KPF kepada FGVH sebagai sebahagian usaha penyenaraian.

Lagipun macam mana kata tolak bila sebahagian besar peneroka sudah berkampung di Kuala Lumpur, manakala sebahagian lagi dijangka hadir besok. Kehadiran mereka ini menunjukkan mereka menyokong usaha penyenaraian tersebut.

Kisahnya, permohonan injuksi yang diputuskan secara ex-parte (sebelah pihak) itu dibuat pada petang Jumaat (17 Februari 2012) dan permohonan peguam Felda untuk membatalkan injuksi tersebut pada Isnin hanya akan diputuskan pada 8 Mac nanti. Untuk mengelakkan sebarang risiko kemudian, pengurusan KPF telah mengambil keputusan menangguhkan mesyuarat sehingga mahkamah membuat keputusan.
Lagipun tempoh akhir penyenaraian masih panjang iaitu sehingga April.

Jelasnya, kumpulan pengacau disini ialah Mazlan Aliman dan 8 orang peneroka yang berjaya diperdayakannya. Jumlah ini sebenarnya jauh lebih kecil dari jumlah keseluruhan peneroka Felda di seluruh negara seramai 112,635 orang itu.

Jadi siapa yang mengatakan ini adalah ‘kemenangan peneroka’, mereka adalah sebenarnya orang yang silap. Peneroka tidak menang disini, sebaliknya peneroka dinafikan hak untuk menikmati durian runtuh yang dijanjikan Perdana Menteri melalui penyenaraian FGVH di Bursa Saham Malaysia.

Mazlan Aliman adalah manusia yang patut diletakkan segala kesalahan di atas kelewatan ini. Dia dan NGO ANAKnya itu tidak pun mewakili peneroka generasi pertama Felda, sebaliknya generasi kedua (anak). Tapi masalah yang disebabkan oleh Mazlan Aliman ini membabitkan peneroka generasi pertama yang dinafikan hak mereka untuk menikmati laba dari hasil titik peluh membangunkan tanah rancangan Felda.

Hasrat disebalik usaha Mazlan Aliman ini ialah memastikan status Felda dikekalkan pada kedudukan sekarang dan dengan itu membolehkan tanah-tanah rancangan Felda sedia ada diagih-agihkan kepada rakyat bukan peneroka jika Pakatan haram berjaya membentuk kerajaan di peringkat persekutuan nanti.

Kalau usaha penyenaraian ini berjaya, PAS akan terus kempunan untuk menguasai Putrajaya kerana tidak mungkin sama sekali peneroka akan menerima pakatan haram sebagai kerajaan di negara ini dengan hasil dividen saham yang jauh lebih menarik ditawarkan kerajaan BN melalui penyenaraian ini.

Inilah yang ditakutkan PAS dan maka itu pelbagai usaha dibuat untuk menggagalkan cadangan penyenaraian ini.

Tanpa sedar, Mazlan Aliman sebenarnya sudah termasuk dalam perangkap yang dipasang pengurusan Felda. Sedikit demi sedikit strategi mereka untuk menggagalkan usaha penyenaraian ini telah dibongkar.

Keadaan ini adalah jauh lebih baik jika taktik sama digunakan setelah keputusan mesyuarat dicapai.

Mazlan tidak mampu mencari 100 orang peneroka pun untuk menyokong usahanya menggagalkan mesyuarat agung KPF yang awalnya dijadualkan besok, yang terdaya dilakukannya ialah memohon injuksi sebelah pihak untuk menghalang beberapa perkara dari dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut.

Nasihat penulis kepada peneroka, kalau ada yang nak disalahkan berhubung dengan kelewatan ini, orang itu namanya Mazlan Aliman!!!

Tapi jangan risau, ini hanya kelewatan, bukan kegagalan. Kalau banyak sangat masalah dengan KPF ini dibuat Mazlan Aliman, masih ada beberapa pihak yang mahu membeli saham FGVH ini, cuma hasrat kerajaan melihat tanah Felda dikekalkan kepada peneroka sahaja yang menghalang perkara tersebut dari dilaksanakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s