RATUSAN BANDUAN MAUT, TERPERANGKAP DALAM KEBAKARAN…

Menyayat hati…..

Kisah Sedih Kebakaran Penjara Honduras...Ratusan Banduan Mati Terperangkap

Mereka menangis dan meraung-raung minta dibukakan pintu penjara namun tak banyak yang dapat dilakukan.

Api yang marak membuatkan para wadar terpaksa melarikan diri menyelamatkan diri, meninggalkan beratus-ratus tahanan menjerit kesakitan di dalam sel masing-masing.

Akhirnya 375 banduan disahkan mati terbakar!

Itulah situasi yang terjadi di sebuah penjara yang padat dan sesak dengan banduan di penjara Comayagua, kira-kira 75 kilometer ke utara ibu negara Tegucigalpa, Honduras minggu lalu.

Berdasarkan laporan Reuters, Ketua perkhidmatan forensik di Comayagua, Lucy Marder berkata, mengikut laporan polis, seorang daripada mangsa yang terbunuh adalah wanita dan yang lainnya banduan, tetapi turut menyatakan beberapa yang disangka mati mungkin telah melarikan diri.

Media tempatan melaporkan, ketua jabatan bomba Comayagua turut terbunuh dalam kebakaran itu.

Insiden kebakaran di penjara ini adalah yang terburuk di Amerika Latin dan radio tempatan melaporkan, kebanyakan banduan mati terbakar di dalam penjara.

Tentera, polis dan ahli keluarga yang bimbang berhimpun di luar penjara Comayagua hari ini dan gambar televisyen menunjukkan ada di antara mereka yang menangis dan mahu merempuh sekatan polis.

Penjara itu menempatkan lebih 800 banduan, melebihi kapasitinya.


Semoga insiden ini menjadi iktibar kepada kita semua khususnya pihak yang diberi tanggung jawab menguruskan penjara.

Betul mereka pernah disabitkan dengan kesalahan, namun itu tidak bermakna hak asasi mereka seperti hak untuk mendapatkan kemudahan sebagai seorang banduan diabaikan.

Dalam erti kata lain…walaupun mereka banduan, mereka juga adalah manusia, bukannya haiwan! – MyNewsHub

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s