PENDIRIAN ANWAR TAK SEGAGAH KETIKA BERSAMA CHINA DOLL..???!!!

KOTA BHARU – “Saya fikir dari sudut pendirian politik (Datuk Seri Anwar Ibrahim) masih tidak gagah untuk menyelesaikan isu Palestin,”

Demikian penegasan yang dilakukan oleh Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang mengulas mengenai isu mempertahankan tanah air Palestin.

Anak kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menjelaskan, adalah menjadi hak untuk Anwar mempertahankan pendirian dalam isu keselamatan Israel, namun Pas akan terus memperjuangkan polisi bahawa Israel tidak layak berada di bumi Baitulmaqdis.

“Polisi yang dibina harus selari degan pandangan agama, kita mendesak secara umum, semua termasuk Umno dan ahli Pas sendiri (termasuk Anwar) supaya perjuangan mereka betul, jangan ambil nasionalis atau barat, perjuangan ini sampai kiamat,”katanya ketika ditemui di kediamannya, di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Anwar yang enggan menarik balik laporan di Wall Street Journal (WSJ) selepas membuat pertemuan dengan Nik Aziz Selasa lalu.

Nik Abduh bagaimanapun percaya isu tersebut tidak akan memecah Pakatan Rakyat(PR) walaupun terdapat rungutan dari akar umbi yang mendesak kepimpinan lebih tegas dengan isu Palestin kerana melibatkan maruah masyarakat Islam.

Beliau mengakui terdapat banyak perbezaan dan percanggahan pendapat antara rakan Pakatan terhadap sesuatu isu, namun dari sudut politik yang melibatkan kepentingan umum, mereka boleh bersatu.

“Ia tidak menggagu, dalam konteks politik antarabangsa, Hamas dan Fatah dua kumpulan Islam yang cukup berbeza, tetapi mereka mempunyai persamaan untuk melawan musuh yang besar. Dalam konteks Malaysia, kita (Pas dan PKR) mempunyai banyak beza tetapi mempunyai kesepakatan politik,”katanya.

Dalam pada itu, ditanya adakah PKR tidak menghormati Pas kerana tidak memutuskan kata dua yang diberikan Nik Aziz sama ada menarik balik kenyataan atau menyaman WSJ, Nik Abduh berkata:

“Itu tuntutan Pas, Anwar kata begitu, itu hak dia, saya ingat benda ini selesai selepas Datuk Seri mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am, rakyat tahu,” katanya –sinar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s