TV3 – KANDUNGAN SURAT DR. MAHATHIR AKAN DIDEDAH ESOK ATAU LUSA…

 

Kandungan surat mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Barak, akan didedahkan kepada umum, esok atau lusa.

Itu kata Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak – setelah beliau sendiri menyemak surat berkenaan, selepas tindakan itu juga dilakukan Wisma Putra.

Surat itu, kata Perdana Menteri, berkisar keprihatinan Tun Dr Mahathir terhadap nasib rakyat di Palestin.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK/ PERDANA MENTERI

“Dengan surat tersebut dipublish atau disiar secara terbuka, saya berharap segala pertikaian dan polemik yang dibangkitkan parti pembangkang kerana mereka khuatir kemarahan rakyat terhadap statement dibuat oleh ketua pembangkang menyokong keselamatan negara Israel, menyokong sepenuhnya usaha mempertahankan keselamatan itu, mereka cuba mengalihkan pandangan rakyat supaya sangsi akan pendirian sebenar kerajaan Malaysia”.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Jamuan Makan Tengahari Bersama Masyarakat Sekinchan, di SJKC Yoke Kuan.

Katanya, surat yang diutus Tun Dr Mahathir kepada Ehud Barak, menepati dasar kerajaan Malaysia selama ini.

Ia menunjukkan keprihatinan mantan Perdana Menteri itu terhadap proses kedamaian di timur tengah dan menuntut negara Palestin yang berdaulat.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s