PKR ARAHKAN BADRUL AMIN CUTI SEBULAN…

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor hari ini mengarahkan Ketua Penerangannya, Dr. Badrulamin Bahron mengambil cuti selama sebulan sehingga nama beliau dibersihkan daripada tuduhan khalwat dengan isteri orang di Pahang semalam.

Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar dalam kenyataannya berkata, cuti rehat berkenaan bertujuan membolehkan Badrulamin melakukan kerja-kerja membersihkan nama beliau.

“Kerajaan negeri berharap cuti tersebut akan digunakan untuk menumpu perhatian kepada musibah yang sedang ditanggung oleh beliau,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kerajaan negeri telah menerima penjelasan Badrulamin berhubung kejadian tersebut dan mendesak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melakukan siasatan secara telus, adil dan profesional.

Langkah itu menurut sekretariat tersebut, bertujuan menjaga maruah Badrulamin sebagai Muslim sebagaimana yang dituntut dalam Islam.

Menurut sekretariat itu, sepanjang tempoh cuti tersebut, segala tugas Badrulamin sebagai Ketua Penerangan Selangor akan diambil alih sementara waktu oleh pihaknya yang diketuai Setiausaha Akhbar Menteri Besar.

“Justeru itu, kami menyeru semua pihak supaya tidak membuat andaian negatif dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berwajib,” jelasnya.

Badrulamin ditahan oleh JAIP selepas diberkas oleh suami wanita berkenaan kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di Kuantan awal pagi semalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s