PEMBANGKANG JANGAN SELALU TUDUH UMNO/BN!!!!!!

KUALA LUMPUR 28 Feb. — Setiausaha Agung UMNO dan Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini membidas pakatan pembangkang PKR-DAP-Pas yang seringkali menuduh Barisan Nasional (BN) dan UMNO atas masalah atau kesulitan yang dihadapi oleh mereka.

Beliau berkata, BN dan UMNO merupakan pertubuhan politik yang berlandaskan prinsip perjuangan yang betul dan tidak melakukan pelbagai perkara yang dituduh oleh pakatan pembangkang.

“Ini memang sengaja diada-adakan untuk menunjukkan kononnya BN dan UMNO adalah pertubuhan yang tidak baik,” katanya secara ringkas kepada Bernama ketika dihubungi.

Beliau berkata, demikian sebagai mengulas dakwaan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, kononnya Umno dan Perkasa bertanggungjawab terhadap kekacauan yang berlaku semasa Perhimpunan Hijau 2.0 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang Ahad lepas.

“Mereka ini tak habis-habis nak salahkan kita. Kekecohan ketika ceramah (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) di Sembrong pun dia tuduh kita. Orang kena tangkap khalwat pun salahkan kita. Semuanya nak salahkan kita. Apa kena mengena semua itu dengan kita?,” katanya. — BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s