KONSERT ERYKAH BADU DIBATAL SERTA MERTA… TAPI…………

Kerajaan semalam mengarahkan konsert penyanyi Amerika Syarikat, Erykah Badu yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sepatutnya hari ini dibatalkan serta merta.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menerusi Twitter miliknya menggesa kerajaan supaya pandangannya diambil kira mengenai isu konsert penyanyi itu.

“Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia,” kata Rais dalam laporan berita mStar Online.

Bagaimanapun, Rais tidak menyatakan dengan lebih lanjut sama ada pembatalan itu disebabkan penyiaran gambar kontroversi penyanyi tersebut dengan tatu kalimah Allah pada dadanya menerusi sisipan Star Two, akhbar The Star, Isnin lalu.

BACA LAGI —>> konsert-erykah-badu-dibatalkan

WIRA PERKASA SERAH MEMORANDUM, DESAK LESEN THE STAR DI BATALKAN…

Wira Perkasa hari ini menyerahkan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mendesak supaya lesen akhbar The Star dibatalkan kerana tindakan kali kedua akhbar itu menyiarkan gambar yang didakwa menghina Islam secara terang-terangan.

Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris berkata, akhbar itu didapati tidak peka kepada sensitiviti umat Islam meskipun sedia maklum ramai pembacanya beragama Islam.

The Star baru-baru ini menyiarkan gambar seorang penyanyi wanita Amerika Syarikat, Erykah Badu yang mendedahkan bahagian atas dadanya, yang tertera tatu bertulis “Allah”, dan sebelum ini akhbar itu juga pernah menyiarkan menu masakan babi pada Ramadan lepas.

“Kita minta mereka ada sensitiviti terhadap perkara ini. Jika mereka ada sensitiviti mereka tidak akan siarkan gambar seumpama itu,” katanya kepada pemberita sebelum menyerahkan memorandum itu kepada KDN di sini. – BERNAMA

*** Kalaulah (agaknya) The Star tidak menyiarkan gambar-gambar penyanyi tu dlm keadaan menampakkan dadanya yang ada tatu kalimah ‘Allah’ (dlm tulisan jawi)….. tntu kita semua tak tahu bahawa Erykah Badu mempunyai tatu sedemikian….. maka konsert pun terus berlangsung!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s