KELANTAN SERAHKAN MIGRASI AIR KEPADA PUSAT

Kerajaan Kelantan hari ini bersetuju melaksanakan migrasi air di bawah Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bagi memudahkan kerajaan negeri pimpinan Pas mendapatkan kemudahan pinjaman atau projek yang berkaitan daripada kerajaan pusat.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Utiliti, Kerja Raya dan Alam Sekitar, Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata, keputusan itu tidak menjejaskan tanggungjawab Air Kelantan Sdn Berhad (AKSB) iaitu anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebagai badan pengendali urusan perkhidmatan bekalan air di negeri itu.

Sebuah Jawatankuasa Khas Teknikal yang dipengerusikan oleh beliau sedang meneliti dan menghalusi terma-terma dan syarat sebelum ditandatangani perjanjian berkaitan.

“Kita menjangkakan jawatankuasa teknikal ini akan mengambil masa tiga bulan untuk menyelesaikan segala perjanjian berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan exco yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini hari ini.

Md Anizam berkata, dengan keputusan yang dibuat di bawah Akta Industri Air Negara 2006 itu masalah bekalan air di Kelantan dijangka dapat diselesaikan pada tahun 2020.

Kini terdapat 197,000 pemegang akaun dengan AKSB yang menikmati kemudahan bekalan air di Kelantan.— BERNAMA

<< Kalau serah dari dulu…. dah selesai dh masalah air di Kelantan……………

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s