Skandal pasir Selangor: Siasatan Selcat tak dibentang di DUN

 Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), Datuk Teng Chang Khim berkata, jawatankuasa itu tidak akan dapat membentangkan keputusan siasatan awamnya mengenai tiga syarikat milik negeri di Dewan Undangan Negeri yang dijadual bermula 19 Mac ini.

Beliau berkata, jawatankuasa itu memerlukan masa untuk memberi perhatian teliti kepada pelbagai isu yang rumit dan teknikal yang dibangkitkan semasa pendengaran terhadap syarikat-syarikat terbabit.

“Pihak jawatankuasa memerlukan masa yang lebih panjang untuk meneliti setiap maklumat yang diberikan daripada pelbagai aspek selain bagi memberi keadilan yang sewajarnya kepada semua pihak,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan pendengaran Selcat mengenai anak-anak syarikat Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di sini, hari ini.

Selain PKPS, Selcat juga mengadakan siasatan terhadap Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), anak syarikat kerajaan negeri Selangor dan pemegang konsesi melombong pasir dan sayap pendidikan negeri, Yayasan Selangor, masing-masing pada Isnin dan Selasa.

Chang Khim berkata, pendengaran awam yang tamat hari ini akan disambung semula jika wujud keperluan.— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s