46 CALON STPM PERAK 2011 DAPAT PNGK 4.0

Seramai 46 orang daripada 4,506 calon sekolah kerajaan di negeri ini yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 berjaya memperoleh keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0.

Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Mohd. Idris Ramli berkata, pencapaian tersebut merupakan peningkatan sebanyak 0.13 peratus daripada tahun sebelumnya yang menyaksikan 37 calon memperoleh PNGK 4.0.

“Daripada 46 calon itu, sembilan daripadanya adalah calon Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sam Tet, SMK St. Michael (lima calon) serta masing-masing empat calon dari SMK Raja Chulan, SMK Jalan Tasek, SMK Methodist ACS dan SMK Hua Lian, Taiping,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar semasa mengumumkan keputusan peperiksaan STPM 2011 bagi negeri Perak di sini hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s