TENGKU ABDULLAH : TIADA KAITAN LANGSUNG DGN KES KHALWAT

“Henti kaitkan nama saya dengan kes khalwat pemimpin PKR”: Tengku Abdullah

KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, bertitah supaya pihak yang terbabit berhenti mengaitkan nama baginda dengan siasatan kes khalwat pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Baharon di negeri itu , baru-baru ini.

Baginda bertitah dakwaan yang mengatakan bahawa baginda terbabit dalam siasatan kes itu adalah sangat mengejutkan kerana semasa kejadian itu, baginda tidak berada di tanah air.

 “Ketika kejadian saya tidak ada di dalam negara, saya cuma nak tahu siapa yang terbabit…tak bolehlah kaitkan saya dengan kes ini sebab ini adalah masalah peribadi.
“Minta jasa baik hentikan perkara ini, saya harap tak perlulah kaitkan lagi nama saya dan jika kes ini (khalwat) memang berlaku, biarlah pihak yang bertanggungjawab yang menyiasat dan saya ikhlas tidak menyebelahi mana-mana pihak,” titah baginda.

Baginda bertitah kepada pemberita selepas meninjau beberapa venue Sukan Malaysia (Sukma) Pahang XV di Kompleks Sukan Pahang, Bandar Indera Mahkota di sini, hari ini.

Tengku Abdullah diminta mengulas beberapa laman blog yang mengaitkan nama baginda dalam siasatan kes tangkapan khalwat Dr Badrulamin dengan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Balok minggu lalu.

Sementara itu, menurut laporan Utusan Malaysia semalam Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz berkata, dakwaan Badrulamin bahawa Tengku Abdullah mengenalinya boleh dibuat sesiapa saja kerana baginda sememangnya mengenali dan dikenali semua orang.

One thought on “TENGKU ABDULLAH : TIADA KAITAN LANGSUNG DGN KES KHALWAT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s