PKR AKUI GUNA BUKU PANDUAN AGENSI ASING NDI UNTUK PRU13

PKR mengaku pihaknya menggunakan buku panduan pilihan raya agensi asing yang diterapkan kepada ahli-ahlinya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).

Sinar harian yang memetik pengakuan itu dari Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata buku panduan yang digunakan oleh parti itu digunakan untuk menerangkan cara-cara sebuah jentera parti dan calon yang bertanding menghadapi pilihan raya.

Menurutnya, buku panduan yang diterbitkan oleh National Democratic Institute for International Affair (NDI), satu cabang kepada NED (National Endowment for Democracy), yayasan dana demokrasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) tidak mempunyai unsur-unsur negatif seperti didakwa UMNO.

“Buku panduan tersebut menerangkan bagaimana untuk menghadapi pilihan raya dengan bebas dan adil bukannya ‘kempen kebencian’.

“Malah, sekiranya wujud usaha menggulingkan kerajaan pun, rakyat sendiri boleh menilai sama ada mahu menyokong ataupun tidak,” katanya.

Nik Nazmi turut mempertahankan penggunaan buku panduan itu walaupun ia datangnya dari pihak asing.

“Adakah menjadi satu kesalahan, jika PKR menggunakan buku panduan dari luar negara yang bebas dan adil.

“Anda boleh menilai sendiri apabila membaca buku panduan ini kerana dari awal sehingga akhir kesemuanya tentang bagaimana menghadapi pilihan raya,” katanya.

Dalam sidang media semalam, penyelaras BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mendedahkan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan khidmat agensi Yahudi menggerakkan PKR dalam menghadapi PRU.

Dakwanya, Anwar turut mendapat bantuan NDI menyediakan buku manual bagi menghadapi pilihan raya kepada petugas PKR.

Menurut beliau, manual yang dinamakan buku perancangan kempen politik hasil tulisan Stephanie Lynn diterjemahkan dalam bahasa Melayu dan dibuat khusus untuk menyebarkan dakyah kononnya Malaysia tidak mempunyai kebebasan media dan beragama.

“PKR menganggap buku dari NDI ini sebagai kitab mereka untuk menghadapi pilihan raya nanti,” katanya.

NDI, salah satu daripada empat cabang NED diketuai oleh bekas Setiausaha Negara AS yang pernah menyokong Anwar semasa beliau dipecat, Madeline Albright.

Mohd Zin mempersoalkan tujuan NDI menghasilkan buku panduan tersebut dan apakah keperluannya.

“Antara kandungan buku panduan itu ialah menyebarkan dakyah bahawa Malaysia ini kononnya tiada kebebasan media, tiada kebebasan beragama. Pihak PKR anggap buku dari NDI ini sebagai kitab mereka untuk hadapi pilihan raya nanti.

“Perkara ini dikukuhkan lagi dengan temuramah akhbar The Sun bersama wakil KAF di Malaysia, Peter Schier beberapa tahun lepas yang mengakui bahawa organisasinya menaja kursus-kursus kepimpinan untuk PKR,” katanya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s