NDI SEKOLAHKAN PKR….???!!!

AIDCNews : Maklumat yang disampaikan kepada kami bahawa NDI (National Democratic Institute for International Affair), satu cabang kepada NED (National Endowment for Democracy), yayasan dana demokrasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) akan mengadakan kursus kepada PKR di Holiday Inn GlenMarie, Shah Alam hari ini.

Setakat ini, kami belum dapat mengesahkan sejauhmanakah kebenaran maklumat tersebut.

 

Anwar dan Madeline Albright, di Doha, Qatar 2009

 

Anwar dan James Wolfensohn dalam mesyuarat Generation Investment Management, syarikat milik Al Gore, di London 2010

NDI diketuai oleh bekas Setiausaha Negara AS, Madeline Albright, tokoh yang menyokong Anwar sejak dipecat dari kerajaan pada tahun 1998 hingga sekarang.

 

Selain Albright, terdapat beberapa aktivis zionis lagi yang bergiat cergas dalam NDI, iaitu Kenneth D Wollack (Presiden NDI), James Wolfensohn (Ahli Lembaga Pengarah NDI) dan Stephen J. Solarz serta Elliott Kulick(Kedua-duanya Penasihat NDI).

James Wolfensohn adalah seorang kenalan Yahudi Anwar sejak dari Anwar menjadi Menteri Kewangan dan dilantik bekerja di Bank Dunia dan IMF pada tahun 1998, manakala Stephen Solarz dan Elliott Kulick merupakan kenalan Anwar dalam ICG(International Crisis Group).

Wolfenson juga merupakan Majlis Penasihat Antarabangsa sebuah badan pemikir Israel yang bernama IDI(The Israel Democracy Institute), beralamat di 4 Pinsker st. Jerusalem, 91046 Israel dan Duta Khas AS Untuk Membantu Penempatan Haram Israel di Gaza.

Manakala ICG merupakan badan tajaan George Soros, badan yang mencadangkan ‘two state solution‘ yang digunapakai oleh Anwar semasa wawancara dengan Wall Street Journal baru-baru ini.

Dua hari lepas, penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mendedahkan PKR menggunakan buku manual yang disediakan NDI untuk setiap petugas PKR bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Menurut beliau, manual yang dinamakan buku perancangan kempen politik hasil tulisan Stephanie Lynn diterjemahkan dalam bahasa Melayu dan dibuat khusus untuk menyebarkan dakyah kononnya Malaysia tidak mempunyai kebebasan media dan beragama.

Pendedahan Mohd Zin diakui Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Buku panduan tersebut menerangkan bagaimana untuk menghadapi pilihan raya dengan bebas dan adil bukannya ‘kempen kebencian’.

“Malah, sekiranya wujud usaha menggulingkan kerajaan pun, rakyat sendiri boleh menilai sama ada mahu menyokong ataupun tidak,” kata Nik Nazmi seperti dilaporkan Sinar Harian.

Penglibatan NDI sudah dikesan membantu PKR sejak Pilihanraya Umum ke-12, di mana PKR memperolehi kemenangan besar dalam pilihanraya tersebut.

 

Suara Keadilan terbitan 28 November – 12 Disember 2006 lapor NDI bantu PKR untuk menghadapi PRU 12

Suara Keadilan terbitan 28 November – 12 Disember 2006 melaporkan sebelum PRU 12, NDI telah melatih lebih 30 orang aktivis PKR di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

 

Antaranya adalah Dr Xavier Jayakumar, Mustafa Kamil Ayub, Kamarul Baharin Abbas, Sivarasa Rasiah, Khalid Ibrahim, Johari Abdul, Amiruddin Shaari, Haniza Talha dan lain-lain.

Kemudian, Datuk Ambiga Sreevenasan, Pengerusi BERSIH 2.0 turut mengakui badan yang dipengerusikannya turut dibantu dana oleh NDI.

Ambiga seperti dilaporkan dalam The Malaysian Insider pada 27 Jun 2011mengakui menerima sumbangan daripada NDI dan sebuah lagi yayasan dana demokrasi berpengkalan di AS, Open Society Institute (OSI), untuk kerja-kerja demokrasi di Malaysia.

OSI adalah milik penyangak mata wang Yahudi, bernama George Soros, individu yang pernah merudumkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997.

Seorang lagi ahli jawatankuasa pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah mengakui NDI dan OSI memberi dana kepada BERSIH khusus untuk kerja-kerja pemantau pilihan raya berkaitan projek persempadanan pilihan raya.

Ambiga, Maria dan NGO Bersih disebut-sebut sebagai sayap kanan Anwar peniruan daripada aktivis-aktivis wanita dan hak asasi manusia memainkan peranan melakukan regime change di Timur Tengah.

Bacaan lanjut sila klik di sini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s