PAS BERSUBAHAT PKR GUNA DANA ASING???????

KUALA LUMPUR – Apakah Pas yang merupakan ‘junior partner’ di dalam pakatan pembangkang turut bersubahat dan sanggup merelakan perbuatan sekutunya PKR yang didakwa menerima bantuan asing untuk menguasai negara ini.

Ini kerana Pas sehingga ke hari ini dilihat kaku dan tidak berani membuka mulut serta mengambil pendirian atau sebarang tindakan yang konkrit berhubung dakwaan yang melingkari sekutunya itu walaupun buktinya telah didedahkan satu persatu.

Perkara ini ditimbulkan oleh bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Lokman Noor Adam yang melihat Pas seolah-olah ada perjanjian sulit dengan PKR supaya perkara itu tidak menjadi duri dalam daging kepada hubungan mereka di dalam pakatan pembangkang.

“Andaian ini mungkin kita boleh lihat berasakan kepada akurnya kepimpinan Pas terhadap hasil perjumpaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kenyataan Anwar di dalam Wall Street Journal baru-baru ini.

“Bukankah selepas pertemuan berkenaan, Pas sehingga ke hari ini masih senyap walapun pada mulanya Majlis Syura memberi kata dua kepada Anwar berhubung isu Israel. Inilah yang menjadi persoalan umum.

“Dan bagi saya jika Pas tidak berbuat sesuatu terhadap dakwaan yang melibatkan sekutunya itu, andaian saya dan tentunya juga andaian umum adalah Pas bersubahat dalam perkara berkenaan. Justeru rakyat perlu menolak mereka yang bersubahat demi kepentingan negara,” katanya.

Lokman yang juga Exco Pemuda UMNO seterusnya menambah Pas perlu berpijak di bumi nyata dan jangan sama sekali turut terheret dengan gaya permainan politik Anwar.

“Sebelum ini bukankah mereka mewar-warkan Anwar sebagai pemimpin yang dihormati di luar negara, namun hari ini setelah tercetusnya isu yang melibatkan Israel sepertimana kenyataan Ketua Umum PKR itu di dalam Wall Street journal, kewibawaaanya merundum.

“Hamas dah bersuara sebelum ini dan begitu juga dengan NGO’s Islam yang lain baik di Indonesia dan sebagainya. Jadi adalah lebih baik Pas jenguk-jenguklah sahabat mereka itu,” katanya.

Sebelum ini, Anwar didakwa menulis surat kepada sebuah organisasi yang mempunyai kaitan dengan sebuah agensi perisikan antarabangsa pada 2007 mendedahkan Ketua Pembangkang itu pernah meminta campur tangan asing untuk memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Surat berkenaan disiarkan menerusi AIDC di http://www.anwaraidc.com.

Semalam pula, Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed mendakwa PKR meminta bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing yang ada kaitan dengan Yahudi untuk memenangi pilihan raya di negara ini.

– MediaUMNO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s