NAJIB : USAH GADAI MASA DEPAN NEGARA

BERUAS: Datuk Seri Najib Razak mengingatkan rakyat supaya tidak menggadai masa depan mereka dengan terpengaruh kepada pelbagai dakwaan, tohmahan dan janji pembangkang kerana sudah terbukti selama ini kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat memastikan kesejahteraan negara dan rakyat terpelihara.

Perdana Menteri berkata, BN sudah melakukan pelbagai perkara untuk kesejahteraan rakyat termasuk menyalurkan pelbagai bantuan kerana BN mampu mengurus tadbir negara dengan cekap dan berkesan.

“Tidak boleh pakai cerita pembangkang ini sebab mereka tidak mempunyai kemampuan untuk urus tadbir negara kita dengan baik. Sehari dua ini pun sudah nampak bercelaru. Jadi tak usah dengar kalau mereka (pembangkang) datang. Dengar, tapi masuk telinga kanan, keluar telinga kiri,” katanya ketika berucap pada program “Sepagi Bersama Perdana Menteri” di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Changkat Beruas di sini, hari ini.

Najib yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini berkata, kerajaan juga sudah dapat mengurangkan jumlah hutang dan menambah hasil negara, meskipun pelbagai bantuan disalurkan kepada rakyat.

“Ini disebabkan kita dapat mengurus tadbir negara kita dengan baik, menguruskan perjalanan ekonomi negara dengan cekap. Menentukan ekonomi negara dapat terus berkembang, hasil negara bertambah, apabila kita capai kejayaan sedemikian kita pulangkan hasil kekayaan itu balik kepada rakyat,” katanya.

– BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s