TUNTUTAN HAK ASASI MELAMPAU PUNCA LGBT BERLELUASA

KOTA BHARU – Tuntutan hak asasi yang melampaui batas menjadi punca golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) semakin berani menonjolkan orientasi seks mereka dalam masyarakat.

Bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Hashim Yaacob berkata, laungan hak asasi tidak sepatutnya dibuat berlebihan sehingga meminggirkan prinsip keamanan dan peraturan yang ditetapkan agama.

“Kita dapat lihat semakin ramai mahu jadi homoseksual sedangkan ini jelas diharamkan dalam al-Quran dan hadis. Punca perkara ini adalah disebabkan keghairahan sesetengah pihak dalam masyarakat menuntut hak asasi tanpa memikirkan kesan di sebaliknya.

“Mereka melaungkan hak asasi sehingga yang lain pula berani menuntut perkara yang tidak boleh diterima agama,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama di Seminar Intelektual Muslim dan mesyuarat agung tahunan Majlis Intelektual Melayu (MIM) Orang Kurang Upaya (OKU) Malaysia di sebuah hotel di sini hari ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s