PKR DAKWA ADA BUKTI PM CAMPURTANGAN ISU FELDA

alt

 

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mendakwa Kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah mempengaruhi hakim yang membicarakan kes-kes yang membabitkan Felda.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution menjelaskan dakwaannya itu berasaskan minit mesyuarat Felda yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang diadakan di bangunan Parlimen pada 27 Jun tahun lalu.

Pertuduhan beliau itu disertakan bersama satu salinan minit mesyuarat berkenaan dengan tertera perenggan yang kontroversi itu.

“Bagi kes yang melibatkan kadar perahan minyak (oil extraction rate ‘OER’), di mana-mana kedua-dua kes masih belum ditetapkan untuk perbicaraan penuh pastikan hakim dan peguam diberi kefahaman subjek dan kaedah teknikal bagi pengiraan OER. Pastikan Felda memenang kes ini supaya tidak menjejaskan kes-kes seterusnya.”

Ahli Parlimen Machang itu turus membidas Kerajaan BN berkenaan kes yang dirujuk itu membabitkan tuntutan mahkamah yang difailkan oleh 766 peneroka dari Serting Hilir dan penempatan Felda Raja Alias terhadap Felda, di Mahkamah Tinggi Seremban dan satu lagi saman oleh 645 peneroka dari penempatan Felda Maokil, yang difailkan di Mahkamah Tinggi Johor Bharu.

“Membabitkan hakim adalah jelas menunjukkan kes manipulasi mahkamah,” katanya pada  sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Turut bersama beliau pada Sidang Media tersebut adalah Ahli Parlimen Subang R Sivarasa  yang mewakili peneroka dari Serting Hilir dan dan penempatan Felda Raja Alias dalam tuntutan mereka.

“Beri taklimat kepada peguam tidak menjadi masalah, tetapi terpulang kepada hakim untuk mendengar hujah daripada peguam, bukan untuk mengikut arahan daripada Perdana Menteri,” kata Sivarasa.

Beliau bimbang perkembangan terbabru yang didedahkan itu akan menjejaskan peluang peneroka Felda yang turut menyaman kerajaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s