7 SAHABAT DI PENJARA SEUMUR HIDUP KERANA MENCULIK

Tujuh sahabat dihukum penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah menculik seorang ahli perniagaan, tiga tahun lalu.

Kesemua tertuduh V.G. Vishal, 26, Soon Yong Hwa, 21, S. Sharvin Raj, 21, V.G. Harvinther, 26, S. Richard Roy, 27, T. Kaviaraasu, 23, dan S. Jayakanthan, 29, diarah menjalani hukuman penjara itu dari tarikh mereka ditangkap pada 12 Sept 2009.

Hakim Kamardin Hashim membuat keputusan itu Rabu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes itu.

Mereka didakwa melarikan dan mengurung Foo Kwai Sang, 54, bagi mendapatkan wang tebusan RM3 juta di Jalan Pulai 7, Taman Pulai Utama, Kangkar Pulai, di sini pukul 3.45 petang pada 9 Sept 2009.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan jika sabit kesalahan.

– BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s