DS ZAMBRY : SAMSUDDIN TIDAK DISINGKIRKAN DARI PKNP

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini menyangkal dakwaan pihak pembangkang bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Datuk Samsudin Hashim disingkirkan daripada jawatan yang disandangnya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Hari Perhutanan Sedunia peringkat Kebangsaan Ke-41 di Hutan Paya Laut Matang, pagi tadi, beliau berkata, pengumumkan rasmi berhubung perkara itu akan diadakan dalam masa terdekat.

Beliau mengulas dakwaan pihak pembangkang Samsudin disingkirkan daripada jawatannya kerana tidak boleh bertolak-ansur dengan gejala rasuah yang dikaitkan dengan agensi berkenaan.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, ketika Pakatan Rakyat menguasai negeri Perak, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin juga pernah menyalahgunakan kuasa untuk melantik seseorang tanpa merujuk atau membawa perkara itu kepada pengetahuan lembaga pengarah.

“Tindakan Nizar itu secara terang-terangan menunjukkan beliau telah menyalahgunakan kuasanya untuk menyingkirkan seseorang.

“Tetapi kita tidak akan berbuat demikian kerana tertakluk pada peraturan dan undang-undang yang digunapakai oleh kerajaan negeri,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s