ADA BERANI : TIKUS RAKSASA 4 KG??

Tikus Raksasa 4 Kilogram Menyerang...Lari!!!

Apa perasaan anda jika bertembung dengan tikus seberat 4 kilogram dan sepanjang 90 sentimeter?

Ketika ini, itulah kerisauan sebahagian penduduk di Florida, Amerika Syarikat (AS) apabila kejiranan di kawasan itu dipenuhi tikus raksasa spesis Gambia yang mampu mencapai berat yang dinyatakan di atas.

Dilaporkan, pencerobohan spesis asli Afrika itu benar-benar berleluasa.

Walaupun usaha selama 10 tahun untuk menumpaskan pembiakan tikus itu telah dilakukan, ternyata usaha berkenaan sia-sia sahaja.

Kemunculan binatang berkenaan di AS bermula sekitar 1999-2001 ketika sekumpulan penternak binatang liar melepas lapan ekor tikus itu ke persekitaran liar.

Menurut Penyelaras Spesies Eksotik Florida, Scott Hardin, pembiakan spesis tikus raksasa itu adalah sesuatu yang agak membingungkan.

“Kami beranggapan kami berjaya menumpas (pembiakan tikus Gambia) pada 2009, kami kira mereka tidak akan berkembang pesat, namun kini ternyata mereka berkembang biak sangat cepat,” ujarnya.

Tikus spesis Gambia ini adalah tikus terbesar di dunia. Mereka boleh berkembang hingga sepanjang 90 cm dan mencapai berat sehingga  empat kilogram.

Bagi kumpulan pakar di AS, apa yang mencemaskan mereka ialah jika tikus berkenaan tiba di Florida, mereka akan memusnahkan bahan pertanian tempatan.

(Sumber: Republika Online)

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s