DOKUMEN BUKTI NIZAR JUGA TERLIBAT DALAM PROJEK VALE BRAZIL AKAN DIKLASIFIKASIKAN

demi tuduhan dilemparkan oleh Pakatan Rakyat terhadap kerajaan negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bagi membangkitkan perasaan marah dan benci di kalangan rakyat kepada Barisan Nasional (BN).

Hakikatnya, setiap fitnah dan tuduhan itu sebenarnya dilakukan sendiri oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ketika parti itu memerintah Perak selama 11 bulan yang penuh dengan kepincangan.

Isu berkaitan projek VALE kini mencari wadah hangat dalam mainan politik pembangkang apabila mereka mendakwa Zambry serta exco-exco kerajaan negeri menjual tanah milik orang Melayu di Teluk Rubiah.

Penat dengan segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan, Zambry hari ini bertindak memberi amaran kepada puak-puak pembangkang terutama Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin supaya menghentikan pembohongan tersebut.

“Jika mereka masih melakukan fitnah atau tuduhan sebegini, maka saya tidak teragak-agak untuk mengeluarkan dokumen-dokumen yang menunjukkan penglibatan Nizar dalam projek itu ketika mereka memerintah Perak.

“Kita dah bincang sama ada kita perlu atau tidak mengklasifikasikan dokumen-dokumen yang menyatakan beliau (Nizar) terlibat atau tidak dalam projek VALE,” katanya.

Tambah Zambry lagi, urusan berkaitan projek terbabit sememangnya berlaku sebelum zaman pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak.

Bagaimanapun katanya, hubungan atau proses secara formal sebenarnya telah berlaku sejak zaman pemerintahan Nizar di negeri Perak, namun pemimpin Pas itu dilihat seolah-olah berlakon seperti tidak mengetahui apa-apa.

“Sekiranya perlu, kita akan mengklasifikasikan beberapa dokumen penting, kerana dia sudah menabur satu fitnah yang cukup besar.

“Jadi, saya harap Nizar tidak terus bohong rakyat kononnya dia tidak tahu menahu dan tidak bersetuju dengan projek itu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah, hari ini.

Sebelum ini, akhbar Suara Keadilan mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah berkaitan penjualan tanah milik orang Melayu yang dilakukan oleh Zambry bagi memberi imej negatif kepada pemimpin BN.

Malah, akhbar milik pembangkang itu seolah-olah tidak mempunyai perasaan bersalah kerana sanggup membuat fitnah dan melemparkan kenyataan seteruk itu.- Perak Today

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s