KETUA PEMUDA BN PERAK CABAR NIZAR ISU VALE

Ketua Pembangkang yang juga mantan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dicabar supaya menyatakan pendiriannya samada menyokong atau sebaliknya terhadap pelaburan syarikat Vale SA di Teluk Rubiah pada sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-12 yang bermula Rabu ini.

Ketua Pergerakan Pemuda BN Perak, Khairul Azwan Harun, berkata Nizar dan barisan exconya yang memerintah Perak selama 11 bulan perlu memberi penjelasan kepada rakyat kerana sebelum ini pemimpin pembangkang itu menafikan beliau dan barisan exconya bersetuju dengan projek berkenaan.

“Nizar dan barisan exco Pakatan Rakyat sebenarnya telah menipu rakyat kerana menyatakan mereka tidak menyokong pelaburan syarikat Vale SA di Teluk Rubiah.

“Berdasarkan kepada surat rasmi bertarikh 17 Disember 2008 yang dihantar kepada pegawai tertinggi syarikat Vale SA, Nizar telah memaklumkan sokongan kerajaan Pakatan Rakyat terhadap pelaburan syarikat berkenaan.

“Oleh itu, Pergerakan Pemuda dan Puteri BN negeri menggesa dokumen itu diklasifikasikan sebagai bukti penipuan Nizar yang perlu diketahui oleh rakyat jelata,” katanya pada sidang akhbar di Ipoh, hari ini.

Mengulas lanjut, Khairul Azwan berkata, kerajaan BN juga perlu mendedahkan dokumen penting berkaitan pelaburan, tanah, balak dan sumber mineral yang diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat dalam tempoh 11 bulan memerintah Perak.

“Pergerakan Pemuda dan Puteri menyokong penuh tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengklasifikasikan semula dokumen penting ini yang merujuk kepada pendirian Nizar sebenar berhubung pelaburan syarikat Vale SA.

“Selain itu, kita juga mendesak Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham agar menyatakan pendiriannya yang menyokong eksport pasir lombong dan sungai ke Singapura ketika pihak pembangkang memerintah Perak,” katanya lagi.

Sementara itu, Khairul Azwan turut menggelarkan Nizar sebagai penipu bersiri kerana mencipta pembohongan demi pembohongan untuk mencalar imej Barisan Nasional di mata rakyat.

Untuk meraih sokongan rakyat, Nizar katanya, sanggup turun padang untuk mengumpulkan penyokong bagi membantah projek terbabit baru-baru ini.

“Beberapa hari lalu, beliau (Nizar) begitu bersungguh-sungguh mengumpulkan penyokong untuk membantah projek ini atas nama mempertahankan kehijauan Teluk Rubiah dan kononnya mereka tidak pernah menyokong pelaburan Vale SA.

“Hakikat sebenarnya, beliau sendiri telah menandatangani surat yang menyatakan sokongan kerajaan PR terhadap projek berkenaan,” katanya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s