PR DIMINTA TIDAK MEMPOLITIKKAN ISU PROJEK VALE DI TELUK RUBIAH

Kira-kira 300 orang ahli pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) sekitar daerah Manjung mengadakan perhimpunan aman di pintu masuk utama syarikat Vale di Teluk Rubiah, Seri Manjung dekat sini lewat petang semalam bagi melahirkan sokongan mereka terhadap pelaksanaan projek tersebut.

Apa yang menarik, kesemua mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut terdiri daripada 100 peratus penduduk setempat sekaligus memberi tamparan kepada pihak pembangkang yang mengadakan demonstrasi di tempat sama, Sabtu lalu yang dihadiri oleh pengacau dari luar daerah ini.

Perhimpunan aman selama sejam mulai 5.30 petang itu disertai 10 NGO diadakan sebagai membantah tindakan pihak pembangkang yang terus meracun pemikiran orang ramai berkaitan dengan isu syarikat tersebut di situ.

Antara NGO yang terlibat, Barisan Pembela Melayu Manjung, Pertubuhan Belia Warisan dan Integrasi Rakyat (Perwira), Pertubuhan Belia 4B Lumut, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Berpadu Sitiawan, KRT Kampung Datuk Seri Kamaruddin Seri Manjung, Belia Melayu Manjung, Kumpulan Nelayan Teluk Rubiah dan Pulau Pangkor.

Pengerusi Pertubuhan Belia 4B Lumut, Mohd Rafiq Mohd berkata, seramai lebih 50 ahli pertubuhan tersebut menyertai perhimpunan aman tersebut.

“Kami berhimpun pada hari ini bagi melahirkan sokongan generasi muda kepada kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir yang terus berkerja keras membawa pelbagai pembangunan di sini.

“Pembangunan yang dibawa turut mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan sewajarnya disokong penuh,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Aman Teluk Rubiah, lewat petang semalam.

Presiden Pertubuhan Belia Warisan dan Interaksi Rakyat, Azmi Murid, berkata pihaknya kesal berikutan tindakan pihak pembangkang yang cuba meracuni fikiran orang ramai untuk membantah operasi projek Vale di situ.

“Kami kesal dengan tindakan mereka (pembangkang) yang majoritinya terdiri daripada orang luar yang cuba menjadi hero dalam isu tersebut.

“Kami sebagai orang tempatan disini berhak menentukan hala tuju dan kehendak kami.. kamu pembangkang.. jangan cuba campurtangan,” katanya.

Pengerusi Kuil Sri Minachi Aman, Kampung Datuk Seri Kamaruddin Seri Manjung, S. Vasan berkata, pihaknya menyokong tindakan syarikat Vale yang menjalankan operasi di situ kerana mampu memberi peluang ekonomi kepada penduduk pelbagai kaum di situ.

“Selain peluang pekerja, kami juga boleh menjalankan perniagaan sekaligus mampu mengubah taraf hidup penduduk dan mampu memperat lagi hubungan yang terjalin sejak dahulu lagi.

“Tindakan pembangkang yang mahu membuat kacau ini…. seolah-olah cuba meruntuhkan hubungan baik kami pelbagai kaum di sini,” katanya.

Pada Himpunan Teluk Rubiah Perak, Sabtu lalu yang kononnya dianjurkan oleh Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak (JAASP) namun ‘dikepalai’ Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin hanya dihadiri kira-kira 100 peserta yang rata-ratanya terdiri di kalangan orang luar termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh, V. Sivakumar dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Ko Ham.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s