ISTIADAT PERTABALAN YANG DIPERTUAN AGONG KE 14

KUALA LUMPUR 11 April – Istiadat pertabalan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu”adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 bermula pagi ini di Istana Negara di sini dengan upacara pemeriksaan barisan kehormat.

Seramai l07 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang terdiri daripada tiga pegawai dan 104 anggota lain pangkat, terlibat dalam perbarisan kehormat di anjung utama Istana Negara.

Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, sebelum menerima “Hormat Diraja” daripada barisan kawalan kehormat, yang diikuti dengan lagu “Negaraku.”

Serentak dengan lagu “Negaraku” dimainkan, bendera peribadi Seri Paduka Baginda dikibarkan, Selesai upacara itu, Seri Paduka berdua bersemayam di Bilik Seri Maharaja, sebelum berangkat ke Balairong Seri untuk upacara pertabalan yang buat julung kalinya diadakan di Istana Negara baru, Jalan Duta, yang berdiri megah sebagai lambang pemerintahan Raja Berperlembagaan di Malaysia. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s