RM43 BILION PERLU DIBELANJAKAN JIKA MANSUH PTPTN

Kerajaan perlu membelanjakan RM43 bilion jika Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan memansuhkan PTPTN itu akan hanya membebankan kerajaan.

Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas desakan daripada parti-parti pembangkang yang bercadang memansuhkan PTPTN jika mereka memenangi pilihan raya umum akan datang ini.

“Hanya ada tiga buah negara di dunia yang menanggung sepenuhnya pengajian tinggi rakyatnya seperti Norway. Tetapi Norway mengenakan cukai yang tinggi terhadap rakyatnya,” katanya ketika merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di yang dihadiri 50,000 rakyat di Stadium Batu Pahat di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan tidak mahu membebankan rakyat dengan mengenakan cukai yang tinggi berikutan keputusan untuk menghapuskan PTPTN.

“Kita tidak mahu membebankan rakyat dengan cukai yang terlalu tinggi,” katanya.

Najib berkata, pada ketika ini pun kerajaan menanggung kira-kira 90 peratus daripada kos pengajian tinggi rakyat, dengan PTPTN hanya digunakan untuk membayar yuran pengajian pelajar.

Sebelum itu dalam ucapannya, Najib berkata beliau akan mengumumkan keputusan kerajaan tentang dasar gaji minimum pada akhir bulan ini.

Beliau juga mengumumkan kepada ribuan rakyat yang menghadiri program itu bahawa kerajaan telah bersetuju untuk memperuntukkan RM6 juta bagi pembinaan pasar awam baru Batu Pahat.

Kerajaan menurutnya turut bersetuju untuk memperuntukkan RM3 juta bagi pembinaan pasar borong baru daerah itu.

Perdana Menteri juga berkata, kerajaan telah bersetuju untuk mengeluarkan peruntukan bagi membaiki longkang-longkang yang tersumbat di bandar Batu Pahat. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s